Cara Cegah Terkena Sawan Semasa Demam (Febrile Seizure)

Baru-baru ini, anak saya ,Damia, demam selepas balik bercuti. Mungkin faktor cuaca yang panas sekarang ni menyebabkan dengan tiba-tiba Damia demam. Bila anak demam ,ibu mana yang tak runsing.Kesian dengan anak yang masih kecil.

Bila anak demam, perkara yang saya paling takut jika anak itu mendapat sawan panas (Febrile fit). Saya rasa ia satu keadaan yang boleh menjadi mimpi ngeri jika menghadapinya. Menurut ibu saya , saya kerap mengalami sawan demam ni semasa kecil. Sebab itu sangat penting ibu atau bapa menjaga anak demam supaya suhu badan tidak terlampau tinggi.
Sawan (seizure / fit /convulsion) ialah fenomena akibat perubahan pada gelombang otak yang berlaku secara tiba-tiba  di kalangan kanak-kanak dari 6 bulan hingga 6 tahun yang demam akibat jangkitan / radang selain jangkitan otak dan saraf.

Tanda tanda Anak Mangalami Demam Sawan

Pada ketika anak anda mengidap demam yang kuat dengan suhu badan yang  tinggi, salah satu punca anak anda akan mengalami sawan (fits) yang dilihat sebagai gerakan pada tangan dan kaki yang berulang-ulang, tidak sedarkan diri mata yang terbuka melihat ke atas, air liur yang berbuih keluar dari mulutnya dan kadangkala ia terkencing atau terberak.



Dalam keadaan minima, hanya mata yang kelihatan terbuka ke atas atau salah satu dari keadaan yang diterangkan diatas. Tempohnya iadah selama kira-kira 5 minit. Selepas sawan berakhir, kanak-kanak biasanya akan tertidur. Keadaan ini dipanggil `Febrile Fits`.

Apa Yang Menyebabkan Febrile Fits?

`Febrile fits' ini disebabkan oleh keadaan dimana seorang kanak-kanak mempunyai tahap mendapat sawan  jika dia demam. Demam ini biasanya disebabkan oleh batuk selesema, sakit kerongkong ataupun apa jua seperti selepas suntikan immunisasi dan sebagainya.

Ianya berlaku pada 10 % pada kanak-kanak yang berumur antara 3 bulan dan 5 tahun dan biasanya keadaan ini tidak membahayakan. Ia juga biasa berlaku jika sejarah keluarga seperti adik-beradiknya yang lain juga mengalami febrile fits.



Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan Ketika 'Febrile Fits'?

Ketika berlaku 'Febrile Fits'.
  1. Baringkan kanak-kanak meniarap dengan kepalanya menoleh ke sisi, jangan sampai hidungnya tertutup dengan kain/tilam. Ini adalah untuk mengelakkan dia dari tertelan air liurnya ke paru-paru (amat merbahaya). 
  2. Jangan letakkan apa-apa benda di dalam mulut seperti sudu atau benda lain. 
  3. Jauhkan dia dari tempat merbahaya seperti di tangga atau di dapur.
  4. Bawa kanak-kanak berjumpa doktor secepat mungkin untuk diberikan rawatan bagi demam kanak-kanak tersebut.



Bagaimana Mengelakkan Berlakunya 'Febrile Fits' ?

Jika anak anda pernah mengalami febrile fits, maka kemungkinan penyakit ini untuk berulang tetap ada, maka adalah penting untuk ibu-bapa mengelakkan ia daripada berlaku.


Jika kanak-kanak mengalami demam yang sangat tinggi:

1. Cuba sejukkan badan anak anda

2. Lapkan badan anak dengan tuala basah untuk menurunkan suhu badan – tepid sponging. Dengan mengelap badan anak, ia akan menyejukkan dan mengurangkan risiko untuk mendapat sawan panas.

3.  Air sangat penting untuk mengurangkan demam. Jika anak masih menyusu, berikan susu dengan kerap. Makanan sihat yang senang dihadam dan diberikan dalam jumlah yang kecil juga elok untuk anak yang demam. Ini termasuklah nasi, bijirin, pisang, biskut atau roti.

4. Pantau suhu badan anak

5. Pakaikan anak dengan baju yang nipis  Jika anak memakai baju yang tebal atau memakai beberapa lapis baju, ia boleh meningkatkan haba badan dan menyebabkan demamnya meningkat

Sekiranya demam berlarutan, atau menjadi lebih teruk, atau ada symptom lain seperti batuk, selsema yang merisaukan ibu bapa, bawa anak ke klinik dengan segera.


Tanda-tanda Merbahaya Semasa Sawan

1. Anak tidak sedarkan diri lebih daripada setengah jam atau sawan lebih dari setengah jam. Sawan yang berlaku terlalu kerap.

2. Anak mengalami muntah-muntah yang teruk, sawan disamping demam.

3. Sawan hanya pada anggota tertentu, dan tidak seluruh badan.

4. Sawan ketika kanak-kanak tidak demam.



Vitamin Untuk Atasi Masalah Sawan Semasa Demam

Langkah berjaga-jaga termasuk lah mengamalkan supplement Shaklee. Oleh kerana antara punca sawan adalah demam panas dan stress, maka kita cadangkan supplement yang berfungsi untuk mengelakkan demam terlalu panas, dan juga supplement yang membantu kita tak stress.

Kanak Kanak

Untuk kanak-kanak yang biasa kena sawan selepas demam panas, kita cadangkan Meal Shakes dan Omega Guard untuk menguatkan imun sistem anak

1. Meal Shakes
Meal Shakes mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral, atau kita panggil juga Meal Shakes ni sebagai multi vitamin. Ada banyak kegunaan, selain membantu meningkatkan imunisasi anak, Meal Shakes juga bagus utk merawat Eczema anak, dan anak demam. 

Meal Shakes juga bagus untuk tambah selera makan anak dan rawat sembelit, sebab dalam ni ada mineral Zinc yang berfungsi untuk rangsang selera anak, dan fiber untuk bantu anak melawas


2. Omega Guard
Omega Guard pula merupakan minyak ikan yang tulen. Menurut kajian, sebahagian dari sel otak kita terdiri dari Omega. Omega Guard dikatakan mampu melembutkan sel otak untuk membantu perjalanan serotonin agar menjadi lebih lancar. Serotonin pula merupakan hormon yang dihasilkan di bahagian otak yang membantu kita ber mood ceria dan gembira.


Dewasa

Untuk orang dewasa yang berkemungkinan besar untuk sawan, kita cadangkan  Vitalea, Omega Guard, Nutriferon dan B Complex

1. B Complex
B Complex adalah sangat bagus untuk merangsang penghasilan hormon serotonin. Sebab itu kalau kita stress, kita sangat digalakkan untuk ambil B Complex

2. Nutriferon
Nutriferon bertindak mengaktifkan sel pertahanan supaya ia nya dapat melawan virus di kala tubuh di serang. Nutriferon turut dikenali sebagai penguat immune system.
Cegah sawan sebelum ia menyerang semula!



------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAU


 Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------------