8 Tips Terbaik untuk Mengawal Psoriasis atau Masalah Kulit

Ekzema atau Psoriasis?

Dua-dua nampak sama, kulit merah bertompok-tompok, bersisik berair, inflammation, radang pada kulit, panas je kalau sentuh tempat yang berpenyakit. Kedua penyakit ini biasanya menyerang anggota kaki,tangan ,leher dan kulit kepala

Ia juga adalah cabaran kepada doktor untuk mendiagnos masalah ini. Tapi, ia bukanlah isu besar sebab rawatan untuk masalah ekzema dan psoriasis adalah hampir sama.

Tak kesahlah ekzema atau psoriasis, dua-dua sama teruknya.Orang memang tak nampak yang kita sakit, tapi hakikatnya kita sakit, sebab sakit kulit ni boleh disorok dengan pakaian. hihi


Psoriasis 

  • Biasanya lapisan tebal, merah ,kering dan kasar
  • Melibatkan belakang siku dan permukaan luar lutut
Psoriasis ini merupakan penyakit radang kulit. Secara umumnya, manusia akan mengalami kitaran pergantian kulit yang biasa setiap 28 hari atau sebulan sekali. Tetapi, bagi penderita psoriasis, proses pergantian kulit ini berlaku antara 3 hingga 4 hari sekali disebabkan oleh gangguan autoimun (sistem imuniti badan yang sepatutnya melindungi badan kita , menyerang yang diri sendiri ) sehingga sel-sel kulit mati dihasilkan secara berlebihan  menyebabkan sel-sel berlapis-lapis dan membentuk luka bersisik..

note : harus diingatkan. Psoriasis tak boleh sembuh, kita cuma boleh merawat dan mengawal dari  merebak


Ekzema 

  • Kulit menjadi lembap dan berair
  • Melibatkan permukaan dala lengan dan dalam lutut yg berlipat


Jadi, pentingnya penjagaan yang rapi untuk mengelakkan ia semakin kronik




7 Tips Terbaik untuk Mengawal Psoriasis, Ekzema dan Masalah Kulit

Petua 1: Pakai Pelembap Kulit

Sapukan losyen atau krim yang bebas steroid untuk mengekalkan kelembapan kulit. anda boleh mencuba Vaselina, minyak zaitun atau Herbal Blend Cream Shaklee . Jika dibiarkan kulit kering , ia membuatkan kerengsaan dan kegatalan teruk.

Elakkan pergi ke tempat yang panas . Peluh bercampur dengan krim , boleh membuat psoriasis anda lebih teruk.

Selepas mandi ,lapkan sehingga kering dengan tuala - jangan gosok - dan meletakkan krim pada  kulit

Sebelum anda  tidur, balut kulit anda dengan pembalut atau bungkus plastik. Pada waktu pagi, basuh kawasan dengan perlahan-lahan. Dari masa ke masa, ini boleh mengurangkan bersisik.



Petua 2: Mandi Dengan Rapi

Kebanyakan tab mandi dan pancuran boleh mengeringkan kulit anda. Untuk memastikan ini daripada berlaku, anda boleh:
  • Pastikan air tidak terlalu panas. Suam adalah yang terbaik.

  • Tambahkan garam, minyak, garam epsom atau oatmeal halus kedalam air mandi selepas anda rendamkan diri selama satu minit untuk menenangkan kulit anda. Air kosong boleh menghisap kelembapan. 

  • Jangan sental atau keringkan kulit anda dengan kasar.Bilas badan anda dengan lembut

  • Pilih sabun mandi yang bersesuaian dengan kulit anda, jangan pilih sabun yang boleh mengeringkan kulit anda kerana masalah ekzema atau psoriasis akan semakin teruk

  • Bagi pesakit psoriasis, jika ia bukan waktu mandi anda, tekapkan tuala lembab pada kulit anda


Petua 3: Lindungi Kulit

Cahaya matahari boleh merawat keadaan kulit anda, tetapi pancaranultraviolet (UV) menjadikan kulit bertambah buruk. Gunakan pelindung matahari dengan SPF 30 .

Hadkan masa anda diluar dengan keadaan yang panas. Dua puluh minit sehari, 3 hari seminggu adalah permulaan yang baik



Petua 4: Awasi Persekitaran anda

  • Elakkan produk yang keras seperti losyen yang mengandungi alkohol, sabun deodoran, asid (Glycolic, salisilik, dan asid laktik), dan juga beberapa jenis sabun dobi. Ini boleh membakar kulit sensitif anda. 

  • Rasa tekstur fabrik pakaian yang anda beli. Pastikan mereka adalah lembut dan selesa. 


  • Elakkan bulu dan debu. Mereka boleh merengsakan kulit sudah meradang.




Petua 5: Jangan Sesekali Menggaru dan Mengopek

Apabila anda gatal, anda akan rasa nak menggaru. Tetapi menggaru boleh merengsakan kulit anda, dan menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga boleh membuat kudis muncul !

Pastikan kuku anda pendek. dan mengambil anti-histamin jika anda gatal.

Apabila anda rasa gatal dan nak menggaru...tutup mata anda, menarik nafas panjang, dan sabar..hihi



Petua 6: Kawal Diet & Pemakanan Anda

Tiada bukti kukuh bahawa mana-mana satu makanan membuat penyakit ini lebih baik atau lebih teruk lagi.

  • Sebaiknya kurangkan makanan yang mengandungi seperti gula, tepung putih, gluten, dan kafein.

  • Jika anda minum terlalu banyak, ia boleh membuat psoriasis anda lebih teruk

  • Makan makanan yang seimbang sarat dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak "baik" (yang sebahagian besarnya datang dari sumber tumbuh-tumbuhan).

  • Elak ayam daging yang divaksin, hormon dsb.Makan ayam kampung dan organik. Elakkan makan daging lembu sebab ia menyebabkan darah kotor dan pelbagai penyakit  termasuk kulit, kanser , kuman. Makanlah daging kambingyang masih baru warna merah lagi. Jangan beli yg lama sehingga warna bertukar gelap kehitaman. 

  • Jangan makan ikan gatal seperti  kembung, cencaru, ikan keli bela, tilapia, tongkol, kerang. ikan lama yg sudah tidak segar pun sebaiknya elakkan


  • Jangan makan benda yg berperam seperti belacan, ikan pekasam, ikan masin jeruk, ikan yg tidak dibuang perut, budu, cencaluk, kicap.


Petua 7: Jaga Kesihatan Mental Anda

RENDAH diri, malu, tertekan dan terasing antara perasaan yang dialami pesakit kulit psoriasis. Apabila penyakit menyerang, perasaan tidak mahu langsung berjumpa orang ramai membuak dalam diri

Jangan biarkan diri anda dalam keadaan tertekan kerana tekanan boleh menyebabkan masalah anda semakin meruncing. Meminta bantuan jika anda mendapati ia menyebabkan kesan mendalam kepada emosi anda. 

Sebaiknya, orang sekeliling dan terdekat perlu bantu memberi sokongan emosi untuk menaikkan keyakinan diri pada pesakit
.


Vitamin Shaklee Yang Membantu Masalah Psoriasis

Shaklee bukanlah 'ubat' yang sering disalah tafsirkan. Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi yang mencukupkan nutrisi keperluan badan bagi menjamin kesihatan berpanjangan dan mempunyai kekuatan antibodi serta sistem imunisai melawan sebarang penyakit secara semulajadi.

Suplemen Shaklee lebih istimewa dan bernilai adalah kerana kualiti bahan botani yang menjadi sumber adalah dimiliki oleh shaklee sendiri (bukan sumber dari pengeluar lain). Contohnya seperti ladang soya, tumbuhan alfalfa dan lain-lain sumber alam. 

Ini menjadikan suplemen shaklee bukan sebarangan sumber dan diuji kualitinya melebihi 80,000 ujian setiap tahun selain keaslian yang dijamin dengan 350 ujian pencemaran untuk setiap bahan botani.

Ketahui lebih lanjut mengenai : Vitamin Shaklee untuk Pesakit Psoriasis (klik link)


# Testimoni 1


# Testimoni 2


# Testimoni 3



# Testimoni 4


# Testimoni 5
Adik ni pelajar di universiti al- Azhar. Dah lama tanggung sakit psoriasis ni. Dia minta saya cadangkan produk shaklee terbaik untuk bantu masalah dia..

"Saya tak kisah kak berapa pun kosnya.. Insya Allah.. Asalkan sakit saya terkawal."

Baru je ni ambil. Tak sampai 1 bulan lagi. Adik ni ambil Set Lengkap Psoriasis ❤️






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com



ATAUPUN

 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 

------------------------------------