Tips Persediaan Menghadapi Musim Haji atau Umrah Semasa Musim Panas

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang merupakan insan terpilih dengan menjadi tetamu Allah. Saya juga mempunyai impian nak bawa mak , abah , suami , puteri sulung kami ke rumah Allah diusia muda ini,sama sama lah kita doakan supaya kita layak menjadi tetamu Allah.

Untuk 2016, kemungkinan jemaah haji akan berdepan dengan musim panas ekstrem sekitar suhu 50°C - 55°C. Jadi , langkah berhati hati untuk mengelakkan dari strok haba dan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) perlu dititikberatkan selain jangkitan virus MERS-CoV

Perlu diketahui, musim panas di Arab Saudi berlangsung antara bulan Jun hingga Ogos dengan puncak suhu tertinggi di Kota Makkah mendekati 55 darjah Celsius. Ini bermakna, beberapa tahun kedepan penyelenggaraan haji masih berlangsung pada musim panas.



Tips Persediaan Menghadapi Musim Haji atau Umrah Semasa Musim Panas

Untuk menghadapi musim panas, berikut  tips terutama untuk jemaah haji dari Malaysia yang berasal dari negara beriklim tropika agar tetap sihat dan  lancar selama perjalanan ibadah haji.


#1 : Tuala kecil, Serban atau Payung

Terik matahari yang begitu kuat sering membuat kepala terasa pening, maka anda dapat menyiapkan payung , tuala kecil (lembapkan agar  dapat mengurangkan rasa panas) atau cara tradisional dengan menggunakan serban.


#2 : Kacamata Hitam

Kacamata banyak berfungsi terutama di sekitar halaman Masjid Nabawi yang berlantaikan marmar putih. Pantulan sinar matahari akan menyilaukan pandangan, dengan kacamata warna insya Allah pandangan mata anda akan lebih selesa.


#3 : Losyen, Pelembab Bibir atau Minyak Zaitun

Panasnya cuaca, ditambah dengan kelembapan udara yang rendah membuat kulit (utamanya bahagian tumit kaki dan bibir) kita akan mudah kering atau bahkan pecah. Untuk mencegahnya anda boleh menggunakan losyen badan, pelembab bibir atau boleh juga menggunakan cara tradisional iaitu dengan Minyak Zaitun.

Untuk menjaga kulit anda tetap lembap, anda  tidak digalakkan terlalu kerap mandi. Cukuplah mandi sehari sekali agar minyak dari dalam tubuh tetap terjaga di permukaan kulit. Kerana udara kering akan membuat tubuh jarang berpeluh, kulit akan terasa kering dan kegatalan. Jika anda merasa gatal (biasanya sering terasa gatal di bahagian paha) maka akan sapukan losyen atau minyak zaitun agar terasa nyaman.


#4 : Semburan air

Semburan air  berfungsi untuk mengurangkan panas dan menjaga udara agar tetap lembab. Ketika perarakan haji, utamanya di Arafah dan Mina (ketika melempar jamrah), semburan air sangat berguna.


#5 : Kipas Tangan

Sekalipun khemah jemaah di Mina telah dilengkapi dengan blower, namun tidak ada salahnya jika anda tetap menyediakan kipas. Kipas akan banyak digunakan ketika di Arafah .Mesin blower jumlahnya sangat terhad sementara khemah sangat sederhana saiznya, ditambah pula  jumlah jemaah yang ada di dalam khemah agak banyak.


Pada masa ini telah banyak tersedia kipas kecil yang dapat dinyalakan dengan power bank, mungkin ini akan menjadi penyelesaian menarik.


#6 : Tisu atau Sapu Tangan

Dengan kelembapan udara yang rendah (udara kering),anda  jarang sekali akan rasa badan berpeluh, namun tisu atau sapu tangan yang lembap tetap diperlukan kerana pada masa terjadi banyak kes seperti ada di antara jemaah yang hidungnya berdarah, dan tisu akan membantu agar darah yang keluar dari hidung tidak mengotorkan baju / pakaian ihram anda.

Bila mengalami hidung berdarah, segera dongakkan kepala anda dengan air agar terasa rileks dan pendarahan cepat mengering.


#7 : Multivitamin

Cuaca panas akan menguras tenaga dan cepat membuat badan kita terasa lemah, maka sediakan multivitamin, susu dan jangan lupa untuk mengambil buah-buahan. Ketika pelaksanaan haji (utamanya di Arafah), membawa minuman kemasan siap saji akan membuat ibadah anda selesa.

Sebelum saya terlupa, ingin saya kongsikan apakah vitamin yang saya cadangkan kepada untuk para jemaah adalah : 


(1) PAKEJ ASAS HAJI & UMRAH

  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • OsteMatrix
  • Performance Drink


(2) PAKEJ HAJI & UMRAH (pesakit diabetes, kolesterol & darah tinggi)

  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • OsteMatrix
  • Omega Guard/GLA
  • Performance Drink



Fungsi Setiap Vitamin 


1. Performance Drink- 

  • Minuman isotonic utk kekalkan hidrasi badan
  • supaya badan tidak kehilangan air secara melampau.
  • untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik.
  • baik demi memastikan jemaah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.



2. B Complex- 

  •  bertindak sbg penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos)
  •  beri ketenangan kepada tubuh. 
  •  membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.



3. Vitamin C

  • sangat penting untuk imun tubuh kita. 
  • Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. 
  • Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan. 


4. Vita-Lea Iron Formula 

  • Multivitamin yang lengkap. 
  • Sebiji Vita-Lea mengandungi  28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.



5. Ostematrix

  • Pengambilan calcium sebelum tidur akan bantu tidur yg berkualiti 
  • gabung dengan Joint Health Tablet untuk kesihatan tulang
  • sangat penting agar kaki kita tidak mudah rasa kebas @ sesemut atau lebih teruk boleh terjadi
  • kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.


Testimoni Pengguna Set Shaklee Untuk Haji & Umrah

# Testimoni 1


# Testimoni 2


 # Testimoni 3



# Testimoni 4


Walaubagaimanapun, ingin saya ingatkan bahawa supplements ini hanyalah usaha kita untuk memastikan kesihatan optimum sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci. 


Namun, nikmat kesihatan (dan sakit) itu datangnya dari Yang Maha Esa, dan kepada-Nya lah kita bertawakkal. Insya Allah.






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 - 4211 610 
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN

 Buat belian secara terus di   mana mana cawangan Shaklee  berdekatan anda, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 


----------------------------------------