Homestay Muslim Yang Murah dan Berbaloi di Cameron Highland

salam..

kalau dalam mana mana percutian, tempat pertama sekali yang kita akan cari adalah tempat tidur samada hotel, homestay, chalet terpulang pada citarasa.

yang penting berbaloii dan berpatutan.. omputih kata worth every penny!

tips  jimat : kalau nak bercuti, sebaiknya pergi pada hari biasa dan bukan pada hari sabtu ahad dan cuti sekolah sebab harga boleh cecah double! eh...tu pon kalau takde anak yang bersekolah la kan...hihi

Minggu lepas suami ajak bercuti ke Cameron Highland. Malam tu barulah nak download trivago, hotel. com, usha kat facebook untuk mencari tempat tidur yg selesa. Tapi kalini percutian bersama ibu saya dan dua anak kecil yg lasakkk. Jadi saya lebih prefer homestay.

Korang bayangkan esok pagi nak pegi, pukul 11 baru decide...hihi. sungguh tak proper

tetiba kat fb, saya terjumpa homestay yg dikatakan agak murah. Malam tu jugak whatsapp cik azizi . Alhamdulillah, fast respon. Malam tu jugak, bayar deposit dan berikan butiran yang diminta oleh cik Azizi. 

Esok harinya, sampai ke Tanah Rata Cameron Highlands dalam pukul 11.30 pagi. Sebelum sampai. saya call PIC untuk kunci bilik. Disebabkan tiada pelanggan sebelum tu,dapatla kami check in awal dari 😀.

Hanya dalam RM 150 je untuk 1 malam dengan 3 bilik tidur ! Homestay Fully Furnished

Tapi harga ni berbeza la ye pada hari dan musim..biasa kalau cuti sekolah lagi mahal sikit.

Perkara pertama bila sampai homestay, mestilah kita angkat barang... pastu mulalah check bilik, kekemasan.. memang saya teruja dengan homestay niii.. boleh bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ 5 bintangg!

Kemas dan bersih

ni ada beberapa gambar yang saya sempat snap, sebelum keadaan jadi haru hara dengan anak anak nii.. hihi

Gigih cik suami masak megiii..

Pemandangan dari dalam homestay. Ada playgroundddd :) 


Bilik Utama

Bilik Kedua dan Ketiga

Ruang Tamu


Ruang Tamu, eh...adam lepak situ pulakk


Urusan checkout juga mudah.. Disebabkan hari jumaat, saya minta izin dengan Cik Azizi untuk Check out selepas suami solat jumaat. Disebabkan next customer akan checkout lewat,jadi dapatla kami check out lewat..

Kesimpulan saya sepanjang menetap di homestay ini memanggg puassss hati Sangat!


🏰🍓Azizi & Yati Cameron Highlands Homestay🍓🏰

*🏰🍓Puncak Arabella, Tanah Rata🍓🏰*
019-621 2160


Parking Disediakan



Keadaan Dalam Homestay




🏠3 bilik tidur, semua tilam saiz queen (master bedroom ada bilik air)
🛀2 Bilik air, di lengkapi dengan pemanas air
🎽Almari pakaian dalam master bedroom, extra toto, selimut panas & bantal
📺Sofa, meja makan, TV (ASTRO NJOI),
🎏Kipas berdiri - 1 biji
🌻Iron & Iron board
👳Sejadah, Telekung, Kopiah, Kain pelikat
📻Peti Ais, Cerek Elektrik, Rice Cooker, Toaster, Blender.
🍚Dapur gas & kelengkapan untuk memasak
🍶Pinggan mangkuk, sudu/ garpu
🅿Reserved parking disediakan utk 1 kereta, sekiranya datang lebih dari 1 kereta,
boleh parking di tempat pelawat.

Kedai dobi & kedai runcit boleh di dapati
di tingkat bawah apartment ini.


🏰Facebook 🏰
https:/m.facebook.com/CameronHighlandBudgetHomestayPuncakArabella


🏰Blog🏰
http://mycameronhomestay.blogspot.my

Gambar2 dalam rumah, tempat2 menarik untuk dilawati available dalam blog ini.

🍓Google Map🍓
https://goo.gl/maps/eQfFnmoame42


  • Check-in jam 2 ptg,
  • check-out jam 12 tghari,

sekiranya tiada penyewa pada hari sebelumnya,
boleh check-in pagi.

Nota: 
 🔹Homestay berada di tingkat 4, tiada lift. 
 🔹Tangga x tinggi sangat.
🔹Tak rasa penat kerana udara nyaman.
🔹Tapi kalau bawa org tua yg tak larat naik tangga, mungkin tak sesuai.


Saya memang tersangat berpuas hati dengan perkhidmatan homestay ni. Urusan check-in sehingga lah check out sangat bagus. 

Saya doakan cik azizi sekeluarga dimurahkan rezeki . Amiin.