Cara Saya Keluarkan dan Cairkan Kahak Tanpa Nebulizer dan Bebas Ubat

Cairkan kahak?  Legakan Batuk?  Hilangkan selesma?

Sebagai ibubapa. kita pasti akan risau sekiranya anak-anak kita mengalami masalah kesihatan, terutamanya batuk yang berpanjangan dan berkahak. Terasa luluh hati seorang ibu tatkala melihat si kecil bernafas dalam kepayahan kan.. Kali ini saya nak berkongsi dengan para ibu bapa tentang tips menghilangkan kahak bayi/kanak-kanak secara semulajadi.

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dihinggapi batuk dan selsema. Pengalaman saya membesarkan 2 orang anak juga tidak terkecuali dari situasi ini. Sebagai ibu dan bapa seboleh-bolehnya dah tentu kita tidak mahu terlalu kerap memberikan anak-anak kita sumber ubat-ubatan yang sememangnya terkenal dengan kesan jangkamasa panjang dan kehadiran dadah.

"Penyebab utama virus batuk dan selsema ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas dikawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan."-Kementerian Kesihatan



Perkongsian dari seorang sahabat saya yang bekerja sebagai pembantu perubatan, adalah tidak elok memberi bayi yang kurang dari 6 bulan ubat-ubatan, kerana dikhuairi imunisasinya terbantut, sistem pertahanan badannya sering memerlukan ubat-ubatan untuk melawan penyakit. Ini adalah perkembangan yang tidak baik bagi anak-anak.


Saluran pernafasan yang terganggu

Tetapi, awas sekiranya demam, batuk atau selsema mereka berlarutan, malah anak-anak kelihatan lesu, kurang selera makan @ menyusu, segeralah dibawa ke hospital, dapatkan nasihat dari yang lebih arif dan pakar.
Mommies jangan biarkan KAHAK bersarang lama di dalam badan anak, nanti menyesal tak sudah!

·  hingus / kahak jernih = dijangkiti virus
·  hingus hijau = dijangkiti bakteria
·  hingus kuning = dijangkiti bakteria @ virus.

mengenal batuk kahak:
·  kahak jernih = badan sejuk = makan makanan bersifat panas

·  kahak pekat / kuning / hijau = badan panas = kena makan makanan bersifat sejuk


Cara Saya Bantu Keluarkan dan Cairkan Kahak Tanpa Nebulizer




Jadi, apa cara yang boleh mengurangkan simtom batuk dan selsema anak-anak kita? Para Ibubapa bolehlah berikhthiar dengan cara berikut, mengikut keselesaan dan keserasian disamping berdoa kepadaNya.

#1 : Aliran udara yang baik

Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.


#2 : Tepuk Percussion

Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)


Baby akan keluar hingus tak pun batuk sampai muntah kahak. Kalau anak tertelan tak mengapa, jangan panik sebab kahak tu akan keluar melalui najis. Nak letak bawang putih tumbuk dalam air tu pun boleh tapi saya tak berapa gemar sebab baunya ... hihi...


#3 :  Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun

Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. 

Caranya sediakan:
2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen
Tambahkan sedikit minyak zaitun
Tambahkan air panas
Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)



Riba anak dengan menhadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.

Pastu korang duduk atas kerusi, pangku anak biar posisi muka anak telengkup ke bawah. so, anak boleh sedut wap tu. Wap air ni halus, dia boleh masuk ke rongga paru-paru dan longgarkan sumbat pada salur pernafasan.


#7 : Penjagaan makanan  dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi.

Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.


#8 : Kunyit

Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.


#9 : Garlic Socks


Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.


#10 :  Mandian lemon

Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.


#11 : Minyak bawang putih

Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.


#12: Pengambilan Minyak Ikan Yang sangat Bagus Mencairkan Kahak

Legakan dengan pengambilan supplemen omega 3. Ambil 2-3 biji sehari. Untuk kanak-kanak 1tahun ke atas sebiji sehari.Pastikan yang selamat dan bebas dari toksin. Semestinya yg selamat itu omega 3 dari shaklee iaitu Omega Guard.


Tahukah korang yg minyak ikan boleh cairkan kahak? Bagaimana omega guard ini boleh membantu mencairkan kahak?

Bila batuk ini kita akan peritnya dan kemetahan akibat jangkitan kuman. Sebenar Omega guard ini ada asid lemak omega 3 iaitu DHA & EPA. Asid lemak ini bertindak sebagai anti-radang. Ia membantu melegakan asma, cairkan kahak.

Antara testimoni pengguna Omega Guard yang bebas dari asthma 

Testimoni 1 



Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAU


 Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 

------------------------------------