10 Perkara Yang Menyebabkan Anda Semakin Jadi Pelupa !

Terlupa bukan masalah yang dihadapi oleh orang tua. Ia juga berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Anda merupakan seorang pelupa jika:

✈ Anda tidak tahu nak buat apa hari ini walaupun dah plan semalam
✈ Anda tak pasti apa lagi kerja yang perlu diselesaikan di pejabat sehinggalah bos bising
✈ Anda perlukan bantuan seperti kalendar, PDA (dll) sebagai reminder
✈ Anda lupa lirik lagu kegemaran anda
✈ Anda tak ingat apa yang anda sedang fikirkan 10 saat sebelum itu
✈ Anda lupa nama kenalan baru yang baru jumpa tadi!
✈ Anda tiba-tiba gelak tapi tak tau pasal apa
✈ Anda lupa nak tulis di blog pasal apa
✈ Anda lupa apa yang anda lupa!


Sindrom lupa boleh menyebabkan kita stress, lebih-lebih lagi apabila kita cuba untuk ingat apa yang kita lupa, adoi! Bayangkan kalau terlupa fakta semasa menjawab exam sedangkan baharu saja mengulangkaji tajuk tersebut.

Proses penuaan boleh membuat isipadu otak mengecil kerana sebahagian selnya akan mati atau mula mengalami kerosakan. Beberapa tabiat buruk boleh membuat proses tersebut berlaku lebih cepat, sehingga volume otak menyusut sejak masih muda.


10 Perkara Yang Menyebabkan Otak Mengecil dan Menjadi Pelupa

Sering kali kita dihinggapi penyakit mudah lupa.Betulkah kita ni  jenis mudah lupa ? Berikut beberapa petua yang perlu diamalkan untuk mengelakkan kita mudah lupa dan mengalami kerosakan otak

Hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan seperti berikut ini:


1. TIDAK SARAPAN 

Sarapan di pagi hari adalah penting untuk menjaga kadar gula dalam darah, yang diperlukan agar otak dapat berfungsi dengan baik. Kadar gula yang terlalu rendah boleh membuat otak kurang nutrisi lalu lama-kelamaan volumenya akan menyusut.



2. GALAK 

Emosi yang meledak-ledak kerana terlalu mudah bertindak balas boleh membuat pembuluh darah mengalami pengerasan. Jika pengerasan itu berlaku di pembuluh darah otak, maka kemampuannya akan menurun dan lama-kelamaan saiz otak juga mengecil.



3. MEROKOK 

Beberapa jenis penyakit degeneratif atau penyakit yang disebabkan oleh proses penuaan boleh dipercepatkan oleh racun-racun di dalam asap rokok. Alzheimer atau salah satu jenis kepikunan merupakan satu di antaranya.



4. PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN

Otak boleh mengecut kerana kekurangan gula saat tidak sarapan. Sebaliknya, terlalu banyak gula di dalam darah juga memberi kesan kepada penyerapan protein sehingga pertumbuhan otak terbantut.



5. PENCEMARAN UDARA

Untuk boleh bekerja dengan optimum, otak memerlukan bekalan oksigen yang cukup dari udara pernafasan. Pencemaran udara terutamanya gas karbon dioksida boleh merampas fungsi sel-sel darah merah dalam mengedarkan oksigen, sehingga fungsi otak mengalami gangguan.



6.  TIDUR YANG TIDAK MENCUKUPI

Otak juga memerlukan rehat, kerana itu kualiti tidur benar-benar sangat mempengaruhi fungsi otak. Kurang tidur boleh membuat sel-sel otak lebih cepat mengalami kerosakan.



7. TIDUR DENGAN KEPALA DITUTUP BANTAL 

Menutup kepala dengan bantal ketika tidur bererti menghalang pertukaran udara, sehingga gas buang karbon dioksida melalui penyedutan kembali ke paru-paru. Ruangan untuk menampung oksigen akhirnya berkurang, sehingga tidak boleh diedarkan dengan maksimum ke otak.



8. BANYAK BERFIKIR

Selain saat tidur, otak juga perlu direhatkan ketika tubuh sedang sakit. Memaksakan diri untuk berfikir keras ketika sakit akan membuat otak bekerja makin tidak berkesan dan akhirnya cepat rosak.



9. JARANG BICARA 

Perbualan yang bijak dan mempunyai berat sangat membantu perkembangan otak. Jika jarang digunakan untuk berbincang dan saling bertukar fikiran, maka otak akan tumpul dan sel-sel di dalamnya tidak berkembang.



10. KURANG RANSANGAN

Seperti kata pepatah, otak ibarat pisau yang perlu diasah terus menerus agar tidak tumpul. Menghafal Al-Quran, Membaca buku, belajar dan mempelajari perkara baru, Mengajar, Aktif di Yayasan atau perkumpulan dll merupakan beberapa contoh rangsangan untuk menjaga otak tetap tajam, sehingga lebih awet sampai lanjut usia.

Kata Imam Al-Ghazali ...akal kalau dibiarkan surut akan menganggur..........Berfikirlah secara sihat kerana minda sihat datang dari tubuh yang sihat. Kita juga digalakkan makan kismis untuk kesihatan otak dan ingatan.



Vitamin Shaklee Yang Membantu Meningkatkan Ketajaman Minda 

a) Omega Guard Shaklee

Anda pasti selalu dengar Omega ni bagus untuk otak sebab mengandungi DHA & EPA. Omega membantu perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Malahan, anak-anak digalakkan mengambil Omega untuk perkembangan otak mereka.

Pelupa . Itu tanda omega-3 semakin kurang dalam otak. Kalau dibiarkan mungkin mengakibatkan penyakit lupa kekal seperti Alzheimer

Omega -3 paling banyak terkumpul dalam otak semasa perkembangan janin. Tetapi apabila usia semakin meningkat, omega-3 akan semakin berkurangan terutamanya memory-processing area. Itulah sebabnya jadi pelupa  Otak kita perlu dibekalkan dengan omega-3 untuk mengelakkan kemerosotan fungsi otak. Jangan biarkan otak merosot atauTUA. Tua memang tinggal shut down for good la kan😨.


DHA merupakan asid lemak yang membentuk struktur utama dalam sistem saraf tunjang dan retina manusia. Sebab itu, ia amat penting untuk pertumbuhan otak. Memandangkan DHA merupakan 40% binaan otak manusia, pengambilan Omega-3 dapat membantu mengatasi masalah pelupa dan menjauhi risiko penyakit Alzheimer.


b) Lecithin Shaklee

Lecithin mengandungi kolina yang berfungsi dalam menyokong kesihatan otak. Kolina membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan dan meringankan stress






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAU


 Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 

------------------------------------