Cara Dressing Luka Sendiri Dari Rumah & Tips Penjagaan

Luka oh luka. Luka ada bermacam jenis tapi, cara penjagaan dan rawatn berbeza mengikut jenis. Ta[pi yang pastinya perlu dirawat dengan teliti untuk mengelakkan jangkitan kuman dan proses penyembuhan luka yang cepat.

Kalau sebarang cuci, nanti luka makin teruk. Luka kat kaki boleh juga di potong kakinya. Luka kat tengkuk takkan nak potong tengkuk pula. Bukan along tak pernah tangkap ulat kat luka-luka macam ni mak. Semua jadi sebab tak jaga betul-betul luka pembedahan tu. Nak-nak kalau ada kencing manis. Proses luka nak sembuh pun makan masa


Sumber dari Nur Nabiila Masfuzah Abdullah (#HashtagBelNawhen) seorang jururawat terlatih yang sangat menitikberatkan pendidikan pesakit bagi meningkatkan kesedaran kesihatan. Beliau juga seorang ahli Medical Mythbusters Malaysia.

Jom, teruskan membaca


Jenis Jenis Luka

Orang mungkin fikir, selesai pembedahan maka selesailah siri menjaga luka. Sedangkan, pembedahan bukanlah langkah penyelesaian sepenuhnya terhadap sesuatu masalah. Tetapi salah satu 'bantuan' dalam mengurangkan risiko jangkitan terutama bagi penghidap kencing manis.

Luka pula ada pelbagai jenis dan pelbagai kaedah penjagaan. Semakin besar luka, semakin lambat proses penyembuhan berbanding luka yang kecil.


  • Luka pembedahan dianggap luka yang bersih dan mudah dijaga manakala luka yang kotor seperti luka kerana kemalangan perlu dibersihkan sebaik-baiknya bagi memastikan punca kotoran itu tidak menjadi 'foreign body' lalu menyebabkan jangkitan.


  • Luka akibat jangkitan kuman seperti bisul dan mengandungi nanah pula, lebih memerlukan penjagaan lebih rapi kerana dikhuatiri akan merebak lebih luas.


  • Luka di tapak kaki atau belakang badan seperti ulcer pula memerlukan pemerhatian rapi kerana tekanan yang berpanjangan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan luka menjadi lambat sembuh dan berulang-ulang.


  • Pesakit yang mempunyai masalah obesiti,penyakit kencing manis dan penyakit daya ketahanan rendah berisiko menyebabkan luka lambat sembuh.

Selain luka yang lambat sembuh, jagaan luka yang tidak sempurna akan menyebabkan jangkitan pada luka dan juga sepsis iaitu rebakan jangkitan ke kawasan berdekatan.




Cara Penjagaan Luka 

Secara umumnya, pesakit akan dinasihatkan untuk;

✅ Menjaga kebersihan diri dan sekitaran.
✅ Mengambil pemakanan yang sihat.
✅ Pengawalan berat badan yang optimum.
✅ Mengawal paras gula bagi pesakit kencing manis


Selain itu, pesakit juga dinasihatkan supaya;

✔ Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul seperti lakukan ‘dressing’ atau dikenali sebagai prosedur mencuci luka. Kebiasaannya bagi kes tertentu, temujanji ke klinik berdekatan akan diberikan bagi tujuan pencucian luka yang sempurna oleh kakitangan kesihatan. Waktu pencucian luka pula, ada yang perlu dilakukan setiap hari dan ada yang dilakukan 2hari sekali. Ia bergantung kepada keadaan luka tersebut.



✔ Pastikan bahagian luka disebabkan kecederaan atau luka jahitan sentiasa dalam keadaan kering terutama 24 jam pertama kerana kelembapan merupakan medium kepada pembiakan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.



✔ Jika diberikan ubat sapuan ( krim) : seelok-eloknya luka dicuci terlebih dahulu dengan saline/air bersih kemudian barulah disapukan ubat (krim) tersebut.


Jangan sesekali mengusik bahagian luka yang mula mengering misalnya cuba untuk mencungkil parut kering atas luka kerana ini mungkin boleh menyebabkan luka terjadi semula atau jangkitan dan ini melewatkan peyembuhan. Ataupun menyentuh luka dengan tangan yang kotor kerana dikhuatiri kuman di tangan akan menjangkiti luka.

✔ Luka jahitan dan luka pembedahan perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka. 

** Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka adalah ;

❗Terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka.
❗Kulit sekitar bahagian tersebut merah dan kelihatan bengkak.
❗Luka kelihatan seperti terbuka dan apabila disentuh, akan merasa sakit. 
❗Demam

Tukar balutan setiap hari atau apabila balutan menjadi basah dan kotor. 

Habiskan antibiotik jika diberi oleh doktor.

🚫 Jangan sesekali meletakkan ubatan lain selain ubatan yang dibenarkan/dibekalkan oleh hospital bagi mengelakkan risiko luka menjadi semakin parah atau jangkitan pada luka terjadi


Cara Mencuci Luka 

Mencuci luka pula ada teknik yang betul bagi mengelakkan risiko jangkitan silang iaitu jangkitan oleh flora semulajadi kulit/kawasan berhampiran.



1- Guna SATU gauze/ kapas kepada satu cucian.
2 - Cuci luka dari kawasan capaian yang jauh ke kawasan yang dekat.
3- Cuci dari kawasan bersih ke kawasan kotor (disini, kawasan luka dikira bersih berbanding kawasan luarannya)
4- Pastikan tangan dicuci sempurna sebelum dan selepas melakukan cucian luka.



Mungkin ada sesetengah orang lama berpendapat, menyapu herba tertentu dapat membantu dalam proses penyembuhan luka tetapi mereka tidak tahu bahawa kandungan di dalam herba itu sendiri mampu menjadi 'benda asing' yang akan memudaratkan luka.



Vitamin Shaklee Untuk Cepat Menyembuhkan Luka 



a) Zinc Complex 

Zink membantu mempercepatkan prosesbaik pulih luka luaran dan dalaman , bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir. Zink adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. 

Kekurangan zink menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka

Zink bukan sahaja voleh diambil oleh ibu selepas bersalin, tetapi juga pada mereka yang mengalami luka samaada luka ringan ataupun lika parah


b) Sustained Released Vita C Plus 

Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. 




Testimoni  Set Sembuh Luka Shaklee


# Testimoni 1


# Testimoni 2




# Testimoni 3






------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAU


 Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 

------------------------------------