MEROYAN = SALAH SUAMI YANG TIDAK MEMBANTU atau ISTERI YANG SERBA TIDAK TAHU ?

Salam, saya ingin berkongsi artikel mengenai masalah meroyan atau tekanan perasaan selpas bersalin yang kebiasaannya dialami oleh ibu selepas melahirkan bayi mereka. Sumber dari Nur Nabiila Masfuzah Abdullah (#HashtagBelNawhen) seorang jururawat terlatih yang sangat menitikberatkan pendidikan pesakit bagi meningkatkan kesedaran kesihatan. Beliau juga seorang ahli Medical Mythbusters Malaysia.

Antara situasi yang dialami adalah: 

'Eh..si A ni dok marah-marah semua orang dah kenapa? Meroyan ke?'

'Kau jangan lah cakap ape-ape tak betul pasal die,meroyan makcik tu nanti'

'Jaga elok-elok emosi bini kau Mat,esok-esok die meroyan..Silap-silap baby kau die campak'

'Ajib!!Kau nak nikah satu lagi ni,bini kau tak meroyan ke?'

'Emo betul la sister tu..Meroyan ke hape?..Tapi jangankan beranak..kahwin pon tak lagi..'

Istilah meroyan selalu dikaitkan dengan wanita..belum pernah lagi meroyan dikaitkan dengan orang lelaki..Mungkin kerana mereka hanya 'hamil' tanpa ada 'due date' jika nak dibandingkan dengan wanita kot..😄😄🙊🙊





Meroyan vs Mitos Tradisional Masyarakat

Masyarakat Malaysia tidak mengira kaum sudah maklum dengan taboo berkaitan 'Meroyan'.
Ada yang mengaitkannya dengan kisah-kisah mistik..Gangguan 'makhluk' halus' terutama semasa tubuh masih berhadas

Malahan ada amalan-amalan yang seolah-olah perlu diamalkan bagi mengelakkan meroyan dari terjadi seperti;

  • Jangan memakai bedak muka atau menyikat rambut nanti dikhuatiri meroyan..
  • Jangan tidur sekatil dengan suami nanti meroyan.
  • Kena ikat ibu jari kaki dengan kain hitam la untuk elak angin meroyan dari masuk dalam badan..
  • Jangan itu..Jangan ini sehinggakan amalan berpantang itu menjadi seolah terlalu membebankan..


Saya tidak menolak sepenuhnya amalan berpantang secara tradisional kerana ada sesetengah amalan berpantang itu sangat selesa diikuti seperti bertungku,mengurut serta mandi air akar kayu yang menyegarkan itu..

Sebenarnya,
Gangguan emosi terhadap wanita yang baru melahirkan boleh berlaku akibat beberapa perubahan hormon yang berlaku. Sekitar 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan (berlaku dalam masa yang singkat dan tidak memerlukan rawatan).Namun, dalam 10% wanita, gangguan ini mungkin lebih mendalam dan berpanjangan.


Tahap Tahap atau Peringkan Meroyan atau Depresi

Dari segi perubatan dan science, gangguan perasaan wanita selepas bersalin dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression) dan gila meroyan (postpartum psychosis)




1. Gangguan Perasaan Ringan (Post Partum Blues/Baby Blues)

Seorang ibu yang mengalami postpartum blues akan berasa sedih, penat dan mengalami mood yang tidak menentu. Semua orang mungkin akan mengalami keadaan ini, termasuklah orang yang tidak pernah mengalami masalah mental ataupun tekanan emosi sebelum atau semasa mengandung terutama ibu-ibu yang melahirkan buat kali pertama.

Beberapa penyesuaian diperlukan oleh wanita dalam menghadapi aktiviti dan peranan barunya sebagai ibu pada minggu-minggu atau bulan-bulan pertama setelah melahirkan, baik dari segi fizikal mahupun psychology. 

Sebahagian wanita berjaya menyesuaikan diri dengan baik,tetapi sebahagian lainnya tidak berhasil menyesuaikan diri dan akan mengalami gangguan psikologi..

Namun gejala ini sangat ringan dan biasanya akan baik sendiri tanpa rawatan. Perubahan emosi ini kerap berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin, dan berkurang selepas hari ke-10, kemudian emosi mereka biasanya kembali stabil. 

Mungkinlah apabila orang komen mengenai bayi, penyusuan ibu dan sebagainya, ibu rasa sentap dan terus memendam perasaan dan menyebabkan kesedihan itu berpanjangan.




2. Kemurungan (Postpartum Depression)

Kemurungan adalah masalah yang lebih serius dan perlu mendapat rawatan. Keadaan ini menimpa 1 daripada 8 ibu dan lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas melahirkan anak. Bermakna, postpartum depression mengambil masa yang lebih lama untuk terjadi. Ibu juga mungkin sudah mengalami masalah mental atau tekanan beberapa bulan sebelum gejala kemurungan semasa berpantang muncul.

Gejalanya sama sahaja dengan postpartum blues tetapi biasanya lebih teruk .Ibu-ibu ini mempunyai faktor risiko tertentu dan lebih cenderung untuk mendapat kemurungan selepas bersalin (kemungkinan berlaku rentetan daripada gejala postpartum blues yang berpanjangan)

Faktor yang boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin ialah:

  • Tekanan emosi
  • Sejarah kemurungan selepas bersalin untuk kelahiran sebelumnya.
  • Tiada tempat meluahkan perasaan
  • Tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada suami serta keluarga dalam pengurusan bayi dan diri sendiri (terutama bagi kes ibu yang melahirkan bayi sulung).
  • Trauma yang terbawa-bawa jika pernah mengalami kehilangan bayi sebelum kelahiran sekarang
  • Kesukaran dalam menangani masalah bayi menangis di tengah-tengah malam ditambah dengan badam yang letih akibat 'labour stage' yang lama serta kesakitan akibat luka melahirkan atau pembedahan.
  • Masalah dengan orang tua atau mertua (terutama dalam amalan berpantang yang kadangkala terlalu ketat)
  • Bayi mengalami jaundice/perlu ulang alik ke hospital atau klinik.
  • Masalah dalam menyesuaikan diri dengan bayi yang baru lahir selain dengan anak yang sedia ada yang juga memerlukan perhatian.
  • Menahan rasa rindu dan merasa jauh dari suami (bagi ibu yang pertama kali melahirkan)
  • Perilaku anak semakin nakal sehingga ibu menjadi stress
  • Gangguan corak tidur ibu pada malam hari kerana bayinya menangis.
  • kegiatan ibu menjadi terbatas kerana hadirnya seorang bayi.
  • Takut melakukan hubungan suami isteri kerana takut mengganggu bayi selain trauma di bahagian sulit semasa melahirkan.


3.Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau gila meroyan merupakan peringkat paling teruk dan jarang berlaku selepas bersalin. Gila meroyan boleh berlaku secara tiba-tiba, biasanya dalam 2 minggu pertama selepas bersalin dan ada yang berlaku dalam masa 48 jam.

Ibu-ibu ini biasanya tidak lagi berpijak di bumi nyata dan mengalami simptom-simptom psikosis termasuk nampak sesuatu yang tiada atau mendengar suara yang tidak didengari orang lain. Ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling, terutama bayinya disamping idea untuk bunuh diri sendiri muncul dalam kepala.

Ibu yang berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin:

  • Mempunyai sejarah masalah mental atau pernah mengalami gila meroyan dalam kandungan sebelum ini.
  • Sejarah keluarga yang mempunyai masalah gila meroyan, terutama ibu atau kakak.
  • Gelaja kemurungan yang berpanjangan selain punca masalah kemurungan gagal dikenalpasti dari awal.


Antara tanda-tanda yang kelihatan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kemurungan seperti diatas adalah;
✔Cemas tanpa sebab
✔Menangis tanpa sebab
✔Tidak sabar
✔Tidak percaya diri
✔Sensitive
✔Mudah tersinggung
✔Merasa kurang menyayangi bayinya
✔Merasa seperti tidak disayangi suami/ibu/mertua/adik beradik kerana perhatian berlebihan terhadap bayi
✔Cemburu terhadap perhatian yang diberi terhadap bayi
✔Merasa tangisan bayi adalah terlalu menyakitkan telinga




Cadangan atau Tips Mengatasi Masalah Meroyan atau Kemurungan

Masalah kemurungan yang dikenalpasti awal,boleh dielakkan serta diatasi dengan kerjasama dari suami serta lain-lain ahli keluarga terutama dalam pengurusan bayi dan anak sedia ada..selain itu beberapa cadangan diberikan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan antaranya

✔ Banyakkan berehat

Buat suami,tidak salah rasanya membantu isteri dalam menguruskan bayi anda tidak kira dari memandikan bayi,menukar lampin,membancuh susu dan menjaga bayi sebentar bagi memberi peluang kepada isteri untuk berehat setelah mengeluarkan seluruh tenaga semasa proses melahirkan.
Pernah dengar 1 ustaz memberi ceramah,lelaki adalah satu-satu manusia yang paling penyabar kerana walaupun anak menangis di tengah malam..Tetap sabarrrrr dan malahan mampu terus tidur.😅😅

✔ Makan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Makanan yang sihat dan berkhasiat mampu memberi dan membantu dalam penyembuhan luka selepas bersalin selain memulihkan tenaga yang hilang.Pemakanan juga membantu dalam penghasilan susu badan yang lancar.

✔ Berurut dan Bertungku

Amalan tradisional yang sangat bermanfaat untuk kesihatan badan. Berurut dan bertungku membantu melancarkan kembali aliran darah dan menghilangkan sakit-sakit badan. Juga melancarkan pengeluaran darah nifas. Ini penting bagi menjamin tubuh sihat dan tidak terganggu dengan ‘darah kotor’ yang tidak habis keluar.
Bertungku juga membantu mengecutkan kembali rahim seperti sediakala. Ini boleh dilakukan oleh bidan-bidan yang berpengalaman dan mereka yang arif dalam bidang perbidanan.


✔ Libatkan diri dengan kumpulan sokongan.

Dengan pelbagai media sosial seperti FB, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.

✔ Berfikiran positif

Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira.



# # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

Masalah tekanan emosi dan mental seperti ini jika dibiarkan berlarutan berkemungkinan ia akan menambahkan lagi kekusutan fikiran bahkan boleh menjadi tidak siuman.Oleh yang demikian, peranan suami,keluarga serta rakan-rakan yang rapat amatlah perlu disini bagi membantu penyesuaian diri ibu terhadap keadaannya. 

Yang paling penting adalah perhatian, kasih sayang dan juga bantuan kepada ibu-ibu ini secara berterusan sehingga mengalami tahap kesihatan seperti sedia kala.

Buat suami dan ahli keluarga, berilah sokongan kepada isteri. Sentiasa pastikan si isteri menerima kasih sayang dan perhatian secukupnya. Bantu dan berkerjasama dalam hal-hal rumah tangga seperti memasak, membasuh dan menjaga anak. pastikan si isteri mendapat sekurang-kurangnya rehat yang mencukupi dan emosinya stabil.


Sekiranya keadaan si isteri tidak mengizinkan atau didapati mula menunjukkan ciri-ciri meroyan, cepat-cepatlah bertindak bagi memastikan kesihatan isteri kembali seperti sedia kala.

Jika isteri telah berjihad semasa melahirkan anak hasil dari benih sisuami,membawa kandungannya selama 9 bulan serta redha dengan alahan-alahan yang diterima..Tidak salah rasanya suami-suami nan Macho dan Sado 💪💪 di luar sana menghulurkan sedikit bantuan.
Alang-alang dah dapat Cuti Bini Bersalin selama seminggu kan..😄😉

Cegah sebelum melarat..
Rawat sebelum Menjadi Lewat..
Sayang Isteri 👧, Manja-Manjakan.
Sayang Baby 👶, Bangun Tolong Susukan..





------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAU


 Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 

------------------------------------