6 Soal Jawab Mengenai Rambut & Kehamilan

Pada waktu kehamilan ataupun melahirkan akan ada muncul beberapa pertanyaan berkaitan rambut.

Seperti kita tahu, rambut merupakan mahkota kecantikan bagi seorang wanita. Makanya, jika terdapat sedikit masalah berkaitan rambut, adatlah kan kalau kita mencari jalan penyelesaiannya.

Beberapa permasalahan biasanya juga muncul semasa mengandung dan selepas melahirkan . Beberapa mitos rambut semasa kehamilan dan selepas bersalin biasanya muncul yang  membuatkan anda dan beberapa wanita bingung. 

Jom ketahui penjelasan mengenaik Rambut dan kehamilan yang berasal dari sumber Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah iaitu Jururawat Terlatih





Soalan 1 : Boleh tak saya mengubah gaya rambut atau mewarnakannya semasa hamil?

Jawapan : Seeloknya elakkan dari melakukan perkara demikian kerana dikhuatiri bahan kimia dari pewarna atau ubatan pengubah style rambut itu alan meresap ke dalam pori-pori dan kulit kepala ibu-ibu hamil. Dan dikhuatiri juga akan menimbulkan kesan buruk bagi janin dalam kandungan.


Setelah melahirkan anda juga sebaiknya mengelakkan kedua-dua aktiviti ini, kerana ada beberapa ubat pengeriting atau pewarna rambut berbau tidak sedap dan agak lama hilang. Hal ini tentu tidak baik untuk paru-paru bayi kerana mengandungi bahan kimia.


Soalan 2: Benarkah selama kita hamil, ibu hamil tidak boleh potong rambut kerana bimbang bayi akan cacat?

Jawapan : Tidak ada kaitan antara potong rambut dengan bayi yang dikandung. Ia adalah mitos. Ibu hamil boleh sahaja kalau mahu potong rambut. Baru nampak segar dan kemas kan.

Jika anda  ingin tetap kelihatan segar dan cantik, ikat  rambut dengan rapi ,tidak terlalu kuat supaya dapat mengelakkan keguguran rambut. Ia dapat  mengurangkan rasa rimas  akibat aktifnya pengeluaran peluh pada saat hamil. Dan apabila penyelesaian tersebut tidak berfungsi  secara maksimal, jangan ragu untuk memotong rambut agar kelihatan lebih segar. 



Soalan 3 : Boleh atau tidak ibu-ibu bari melahirkan dari mencuci rambut. Benarkah ada larangan dari melakukan perkara demikian selama 40 hari?

Jawapan : Ia tidak benar. Sebenarnya, seeloknya ibu yang dalam berpantang terus menjaga kesihatan rambut. Sebenarnya larangan itu adalah bagi ibu-ibu yang mengalami komplikasi selepas melahirkan contohnya mudah pitam kerana dikhuatiri akan jatuh pengsan di dalam tandas. 

Mintalah bantuan jururawat, bidan atau keluarga untuk membantu menyuci rambut anda. Mitos tidak mencuci rambut selama 40 hari setelah melahirkan harus ditinggalkan, kerana selain bau peluh dan mungkin terkena darah, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman

Cuba bayangkan kalau tak dibasuh selama 40 hari? Bau peluh yang terperangkap tu silap-silap akan buat kita pengsan.


Soalan 4 : Boleh tak kita mandi selepas bersalin. Tak masuk angin ke dalam badan? Bila waktu yang sesuai untuk mandi?

Jawapan : Selepas melahirkan, kebiasannya badan kita akan cepat melekit dan berbau. Yelah, dah kita guna tenaga kan semasa meneran dan mengeluarkan baby. Memang berpeluhlah semasa meneran tu. Dengan mandi, badan kita akan berasa segar. 

Logiknya, badan yang melekit tu akan merimaskan kita kan. Jika tak dibersihkan sisa-sisa peluh atau ketuban bimbang pula kuman mudah menjangkiti kita. Mandi sahaja dengan air suam.

Jika ada larangan bahawa jangan mandi kerap-kerap semasa berpantang, ikutkan sahaja, tetapi sekurang-kurang mandilah sekali sehari dan basuhlah rambut selang 2/3 hari sekali. Saya sendiri mandi dan membasuh rambut saya kerana mahukan keselesaan dan kesegaran. 

Bimbang angin masuk dalam kepala? Keringkanlah rambut dengan sempurna.


Soalan 5 : Benarkah air liur yang disembur oleh bayi akan menyebabkan rambut banyak gugur selepas bersalin?

Jawapan : Rambut gugur selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan oleh penurunan hormon estrogen (yang mana semasa hamil ia telah meningkat dan menyebabkan rambut akan tumbuh dengan banyak). Jadi air liur bayi bukan penyebab kepada keguguran rambut.

Maka dari itu si ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih dari pada sebelum hamil, dengan meningkatkan nutrisi  zat gizi dan vitamin yang secukupnya. Sebaiknya anda juga perlu banyakkan  makan makanan berprotein, minum jus segar, hindari penggunaan pengering rambut , pengeringan dengan kipas angin mahupun terkena sinar matahari secara langsung.


Soalan 6 : Benarkah mandi/membasuh rambut selepas melahirkan akan menjemput angin meroyan?

Mitos mengatakan bahawa dengan mandi/membasuh rambut selepas melahirkan akan menjemput angin meroyan adalah salah.

Meroyan bukanlah disebabkan oleh angin yang datang dan duduk di dalam badan. Tetapi lebih kepada masalah perubahan hormon; masalah peribadi seperti kurang pengalaman dalam menangani bayi bagi ibu yang kali pertama melahirkan selain kurang sokongan emosi dari suami dan keluarga dalam menjaga bayi.




Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan Rambut


B Complex

B Complex Shaklee dilengkapi dengan 8 jenis Vitamin B penting .

Biasanya dermatologi menggalakkan penggunaan Biotin utk masalah rambut. Terdapat Biotin dalam B Complex yang mana ianya : 
  • bagus untuk menguatkan rambut dan kuku. 
  • mengelakkan kerosakan pada rambut. 
  • membuatkan folikel rambut kita kuat dan tebal.

Niacin yang terkandung dalam B Complex Shaklee , yang juga dikenali sebagai vitamin B3, ia juga membantu peredaran di kulit kepala dan ini membantu rambut anda tumbuh semula

Vitamin B5 pula berfungsi seperti B3 dan juga boleh melambatkan rambut anda beruban

Asid folik atau vitamin B9 juga membantu dalam pertumbuhan rambut. 



Zinc Complex

  • Kekurangan Zinc pula boleh mendorong kepada rambut gugur. Jika tiada mineral zink , akar rambut akan menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan kerosakan rambut serta menyebabkan pertumbuhan semula rambut anda sangat perlahan. 

  • Zinc elok sekali untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh.



Revitalizing Shampoo

  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut 
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten 
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya



Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit 
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat 
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus 


------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN


 Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang 

berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.


-----------------------------------