6 Perkara Anda Wajib Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau Diabetes

Adakah anda tahu bahawa dalam enam orang di Malaysia, seorang daripadanya penghidap kencing manis. Perkara ini sangat serius, namun masih ramai yang tidak tahu apakah itu kencing manis sebenarnya.

Dan mereka tidak pernah mengambil berat akan kesihatan dan risiko bahawa mereka mungkin penghidap seterusnya.

Apakah Kencing Manis?

Kencing manis ataupun juga dikenali sebagai diabetes merupakan sejenis penyakit pada pancreas, iaitu organ di belakang perut yang menghasilkan hormon insulin.
Insulin membantu badan menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Apabila seseorang menghidap kencing manis, pancreas tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi, ataupun menggunakan insulin dengan betul, ataupun kedua-duanya.
Insulin berfungsi dengan adanya glukosa (gula) di dalam darah untuk membantu penyerapannya ke dalam sel dan membekalkan tenaga. Jika insulin tidak dapat berfungsi dengan baik, glukosa tidak dapat diserap di dalam badan.
Ini akan menyebabkan kadar gula di dalam darah meningkat, lantas mengakibatkan kencing manis, tanpa memberikan tenaga kepada sel yang memerlukan.


Jenis-Jenis Kencing Manis

Terdapat dua jenis kencing manis yang biasa dihidap oleh rakyat Malaysia, malah di seluruh dunia.

a. Kencing Manis Tahap 1

Kencing manis tahap 1 berlaku kerana sel yang menghasilkan insulin di dalam pancreas telah rosak ataupun tidak berfungsi. Sel tersebut dikenali sebagai sel beta (beta cells). Pada tahap ini, pancreas menghasilkan insulin dengan kadar yang sangat sedikit, malah mungkin tidak menghasilkan lansung. Oleh itu, gula tidak boleh diserap masuk ke dalam sel badan untuk digunakan.
Pesakit yang menghidap tahap ini perlu menggunakan suntikan insulin untuk mengawal kadar glukosa di dalam darah mereka. Tahap 1 biasanya dihidap oleh orang sekitar 20 hingga 30-an. 10% orang yang disahkan menghidap kencing manis adalah penghidap Tahap 1.

b. Kencing Manis Tahap 2

Dalam tahap ini, pancreas dapat menghasilkan insulin, namun ianya mungkin tidak mencukupi ataupun tidak berfungsi dengan baik. Kencing manis tahap ini sering dinasihatkan untuk amalkan diet yang seimbang, mengawal berat badan dan menggunakan suntikan insulin.
Kebiasaannya, kencing manis tahap 2 ini dihidapi oleh orang sekitar 40 tahun, yang mana pada masa yang sama mengalami masalah berat badan. Kencing manis tahap 2 adalah serius jika di bandingkan dengan tahap 1. Oleh itu, pesakit perlu mengambil tindakan dengan kadar segera untuk mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.

c. Kencing Manis Semasa Hamil

Juga dikenali sebagai gestational diabetes, merujuk kepada kencing manis yang berlaku ketika seseorang sedang hamil. Semasa proses mengandung, bayi yang sedang berkembang memerlukan kadar glukosa yang banyak.
Perubahan hormon semasa hamil juga menjejaskan fungsi dan penghasilan insulin, menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah.
Wanita hamil yang ada kemungkinan menghidap kencing manis ini adalah:
  • 25 tahun ke atas
  • Mengalami masalah berat badan
  • Mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis
Kebiasaannya, kadar gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin. Namun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis tahap 2 pada masa hadapan.

Faktor Yang Menyebabkan Kencing Manis

Kencing manis dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah:
  • Genetik keluarga
  • Mengalami masalah berat badan – obese ataupun berat badan berlebihan mengikut ukuran BMI
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti steroid dan ubat tekanan darah
  • Masalah pada pancreas, seperti jangkitan, tumor, pembedahan ataupun kemalangan
  • Penghidap tekanan darah tinggi
  • Kolestrol darah yang berlebihan
  • Faktor umur
  • Merokok
  • Mengandung (sila rujuk kencing manis semasa mengandung di atas)
  • Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan masalah gusi dan gigi, namun tidak mengakibatkan kencing manis.
  • Kencing manis adalah bergantung kepada kesihatan pancreas dan kadar insulin yang dapat ia hasilkan.

Diagnosis Kencing Manis

Salah satu cara untuk mengesan kencing manis adalah menggunakan ujian fasting plasma glucose (FPG). Ujian ini akan mengukur kadar gula dalam darah selepas anda berpuasa ataupun tidak mengambil makanan selama 10 hingga 12 jam.

Kadar gula yang normal adalah sekitar 70 hingga 100mg/dl. Jika kadar anda melebihi kadar tersebut, anda mungkin menghidap kencing manis.

Simptom simptom atau gejala Penyakit Kencing Manis atau Diabetes 

Namun, beberapa simptom kencing manis yang lain adalah:
  • Cepat rasa dahaga
  • Kencing dengan kerap
  • Cepat rasa lapar
  • Keletihan
  • Penglihatan yang kabur
  • Penurunan berat badan
  • Mulut yang kering
  • Luka lambat sembuh
  • Rasa gatal pada kulit sekitar celah paha
  • Jangkitan yis
Dalam sesetengah kes, ujian oral glucose tolerance boleh membantu mengenalpasti akan kencing manis ataupun berkemungkinan menghidap kencing manis.
Selain itu, kencing manis juga boleh didiagnos dengan ujian A1C. Ujian ini akan memberitahu kadar gula anda dalam 2 hingga 3 bulan. Ia boleh memberikan anda sedikit panduan untuk mengatur kaedah rawatan pada masa hadapan.

Komplikasi Kencing Manis

Jika kencing manis tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan beberapa masalah dan penyakit yang lain pada masa hadapan. Berikut adalah beberapa daripadanya:

a. Retinopati (retinopathy)

Retinopati merupakan penyakit mata yang menyebabkan penglihatan kabur dan boleh mengakibatkan buta (jika sangat teruk).
Semua pesakit kencing manis patut mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar mata setiap tahun.
Bagi yang memang memakai kaca mata, ataupu mengalami masalah mata sebelum menghidap kencing manis pula perlu mendapatkan nasihat daripada pakar mata dengan kadar yang lebih kerap.

b. Nefropati (nephropathy)

Nefropati merupakan sejenis penyakit buah pinggang. Ujian air kencing perlu dilakukan setiap tahun. Pada masa yang sama pemeriksaan tekanan darah juga perlu. Bagi dewasa, tekanan darah yang optimum adalah 130/80.

c. Neuropati (neuropathy)

Neuropati merupakan sejenis penyakit berkait dengan saraf, yang mana boleh mengakibatkan kekejangan dan lemah badan.
Jika anda sering mengalami kekejangan kaki, sila rujuk doktor dengan kerap.
kesan lain pada penyakit kencing manis dan diabetes

Selain di atas, kencing manis juga boleh membawa kepada:
  • Katarak mata dan glaucoma
  • Masalah gusi
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah jantung

Rawatan Kencing Manis atau Diabetes

Untuk mengawal kencing manis adalah dengan:
a. Kawal kadar gula dalam darah kepada normal dengan menghadkan pengambilan makanan yang tinggi gula, dan mulakan diet seimbang seperti mana yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.
b. Kawal kadar kolestrol darah pada paras normal dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak.
c. Kawal tekanan darah. Tekanan darah yang normal adalah 130/80, oleh itu pastikan tekanan darah anda sekitar itu. Anda perlu menjaga diet (elak makanan masin) dan kerapkan bersenam.

Anda boleh mengawal semua di atas dengan mengamalkan beberapa perkara yang disarankan di bawah:

1. Pemakanan yang Sihat

Tiada diet yang khusus untuk pesakit kencing manis. Apa yang anda perlu tekankan adalah banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin – makanan yang tinggi kadar nutrisi, serat dan rendah lemak dan kalori. Serta, kurangkan makanan berasaskan haiwan dan makanan yang tinggi kandungan gulanya.

2. Aktiviti Fizikal

Senaman ataupun bersukan boleh merendahkan kadar gula di dalam badan dengan mengeluarkannya dari sel badan apabila tenaga diperlukan.
Aktiviti fizikal boleh meningkatkan tindak balas sel terhadap insulin, membawa maksud badan anda boleh menggunakan hormon tersebut walaupun sedikit.
Dapatkan pandangan doktor tentang aktiviti yang sesuai dengan anda – tidak pun pilihlah aktiviti yang anda gemar lakukan, tidak kiralah ia adalah berjogging ataupun berbasikal.
Jadikannya amalan setiap hari, luangkan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Jika anda kurang bersenam sebelum ini, mulakan secara berperingkat-peringkat.

3. Awasi Kadar Gula Dalam Darah

Anda perlu awasi kadar gula dalam darah anda dengan memeriksa dan merekodnya setiap minggu. Dengan mengawasinya, anda akan mendapat anggaran progres rawatan dan dapat merancang apa yang perlu dipertingkatkan dan apa yang perlu dikurangkan pada masa hadapan.

4. Dapatkan Suntikan Insulin

Orang yang menghidap kencing manis tahap 1 dan tahap 2 memerlukan insulin untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Salah satu pilihan adalah menggunakan suntikan insulin.
Selain itu, insulin pump juga boleh digunakan. Pump tersebut sebesar saiz telefon bimbit yang dipakai diluar badan, ditampal pada kulit. Ia akan membekalkan pesakit dengan insulin secara berkala. Ia boleh diprogramkan dan sesetengah model boleh di kawal dengan aplikasi smartphone.

5. Pemindahan Organ

Bagi penghidap kencing manis tahap 1, pemindahan pancreas boleh dijadikan satu pilihan rawatan. Dengan pemindahan yang berhasil, pesakit tidak perlu lagi menjalani terapi insulin.
Namun, bukan semua pemindahan organ berjaya – dan implikasinya sangat serius. Pesakit terpaksa bergantung kepada ubat untuk menghalang sistem imun badan menyerang organ yang baharu dipindah tersebut.
Ubat ini boleh memberikan kesan negatif termasuk; mudah dijangkiti penyakit dan bahkan kanser. Oleh sebab risikonya tinggi, kaedah rawatan ini hanya diberikan kepada yang mengalami kencing manis yang sangat teruk.

6. Pembedahan Bariatric

Pembedahan ini merupakan pembedahan mengeluarkan sebahagian perut dan usus untuk mengurangkan berat badan. Pembedahan ini sesuai untuk pesakit kencing manis yang mempunyai BMI melebihi 35. Namun, rawatan ini mempunyai kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang.

7. Jaga Kebersihan Mulut

Kencing manis boleh menyebabkan jangkitan gusi yang teruk. Oleh itu, pastikan anda menggosok gigi dan flos gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Dan jika anda menghidap kencing manis tahap 1 ataupun tahap 2, kerapkan berjumpa dengan doktor gigi untuk melakukan pemeriksaan. Rujuk doktor sebaik sahaja anda dapati bahawa anda mengalami gusi berdarah.

8. Berhenti Merokok

Rokok ataupun mana-mana bahan tembakau yang lain, boleh menyebabkan penyakit kencing manis bertambah teruk.
Perokok yang juga menghidap kencing manis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati kerana masalah kardiovaskular berbanding dengan pesakit yang tidak merokok. Bawa berbincang dengan doktor untuk berhenti daripada merokok.

9. Kawal Tekanan Diri

Tekanan diri yang tidak terkawal boleh mengubah hormon yang dihasilkan oleh badan anda, termasuklah insulin. Jika kadar insulin tidak stabil, maka akan menjejaskan proses penyerapan gula di dalam darah.

10. Set Sugar Control Yang Mengawal kencing Manis

Shaklee menawarkan Sugar Control set untuk mengawal kencing manis anda.

Kebaikan Set Sugar Control  :

  1. Mengekalkan paras gula suhat dalam darah.*
  2. Melegakan rasa kebas dan semut-semutan.*
  3. Membantu menyembuhkan luka.*



Jadi jangan ambil remeh..pastikan kita buat pemeriksaan doktor dan bebas dari sebarang penyakit.  :D
Jika ada peluang untuk sembuh, kenapa tidak kita cuba kan? Jadi pilihan ditangan anda.
Akhir sekali, jom saya tunjukkan pada anda testimoni pelanggan yang menggunakan Sugar Control Set dibawah :



# Testimoni 1: Paras gula dalam darah turun kepada normal setelah mengamalkan set diabetes shaklee
testimoni sugar control set, ubat kencing manis, ubat darah tinggi , darah tinggi, kencing manis ,dgm, diabetes mellitus, vitamin untuk darah tinggi, ubat darah tinggi, testimoni shaklee


# Testimoni 2 : Disahkan diabetes sejak umur 12 tahun ,perlu ambil insulin dan ada masalah hypoglisemia sebelum ini. Selepas amalkan Vivix Shaklee, tekanan gula dalam darah semakin meningkat
testimoni sugar control set, ubat kencing manis, ubat darah tinggi , darah tinggi, kencing manis ,dgm, diabetes mellitus, vitamin untuk darah tinggi, ubat darah tinggi, testimoni shaklee



# Testimoni 3 : Diabetes 14 tahun lalu sudah sembuh 100%  setelah 7 bulan pengambilan vivix shaklee

#Testimoni 4 : Disahkan diabetes sebelum ini. Tapi ajaibnya setelah amalkan vitamin shaklee doktor cakap paras gula normal


# Testimoni 5 : Tanpa makan ubat hospital , bacaan gula turun dari 14 kepada 7.1 !

Perlu diingatkan, selain pemakanan supplement, makan juga harus dijaga, supaya seimbang dan mengambil dalam kuantiti yang betul. Jika anda mengambil ubat doktor, jangan sewenang2 membuang atau menhentikan pengambilan. Ikut nasihat doktor.




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com



ATAUPUN

 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 

------------------------------------