Bagaimana Alfalfa Complex Berfungsi Sebagai Penambah Susu Badan?

Alhamdulillah kini ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan “life balance”… terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. 

Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susu ibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Jadi, Alfalfa Complex adalah salah satu vitamin Shaklee yang membantu meningkatkan Susu badan. Nak tahu lebih lanjut?

Jom baca info dibawah


Bagaimana Alfalfa Complex Berfungsi Sebagai Penambah Susu Badan? 

Peranannya sebagai pelancar susu ibu tidak lepas dari kandungan zatnya yang sangat lengkap. Selain itu, Alfalfa mengandungi zat fitoestrogen yang berfungsi menyeimbangkan hormon estrogen, oksitosin, dan prolaktin semasa menyusu.



Hormon oxytocin dan prolaktin, kedua-duanya mempunyai peranan penting untuk mengatur pengeluaran dan rembesan susu ibu. Fungsi hormon prolaktin merangsang sel-sel penghasil susu untuk menghasilkan susu. 

Sedangkan, hormon oksitosin merangsang sel-sel otot untuk mengecut. Penguncupan ini menyebabkan susu ibu yang dihasilkan mengalir melalui saluran menuju muara saluran susu ibu. Selain itu, hormon oksitosin juga membantu tubuh ibu dalam mempercepat kembalinya saiz rahim kepada kedudukan semula.

Jika semasa hamil, tubuh ibu mula menghasilkan beberapa hormon yang menstimulai munculnya susu ibu dalam payudara, misalnya hormon estrogen yang berfungsi untuk merangsang sistem saluran susu ibu supaya membesar. 

Namun, setelah ibu melahirkan maka tahap estrogen akan turun, bahkan akan semakin menurun semasa proses menyusu. Nah, penurunan tahap estrogen tersebut sangat menguntungkan bagi ibu kerana dapat mengurangkan risiko kanser rahim dan kanser ovari.


Testimoni 1 



Testimoni 2




Khasiat Yang Boleh Didapati Dalam Alfalfa

Banyaknya kandungan Vitamin dan Mineral dalam ALFALFA menjadikan dia disebut Raja Segala Makanan.


VITAMIN yang ditemui dalam Alfalfa:

🔺Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; meningkatkan pertumbuhan sel; membuatkan kulit yang sihat dan penting semasa kehamilan.

🔺Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada pendedahan kepada cahaya matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrisi ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

🔺Vitamin U - meningkatkan kesihatan badan untuk mengatasi ulser peptik.

🔺Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menguatkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

🔺Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menambah kecergasan dan panjang umur.

🔺Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.




MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

🔺Kalsium - membina dan memelihara tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal degupan jantung, melegakan saraf.
🔺Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

🔺Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak.

🔺Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
🔺Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula da kanji.

🔺Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

🔺Magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.




Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Alfalfa merupakan salah satu sumber klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Telah banyak dilakukan kajian saintifik tentang khasiat klorofil diantaranya sebagai pembersihan dalam badan, pembentukan sel darah, mengatur keseimbangan asambasa tubuh, peningkatan daya tahan, serta penggantu sel yang rosak.


Kaya dengan protein -


  •   18.9% berbanding daging lembu
  •   3.3% berbanding susu
  •   13.1% berbanding telur.





Apa lagi KEBAIKAN dan Khasiat Alfalfa Complex Untuk Ibu Selepas Bersalin?

Eh, Alfalfa Complex bukan sahaja meningkatkan susu badan. Tapi, jika amalkan secara konsisten..pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. Memang WOOOW!

Alfalfa Complex ini juga dikenali sebagai JAMU MODEN. Antara kebaikan yang diakui oleh wanita yang mengamalkan Shaklee adalah ( dipetik dari fairusemilia.blogspot.my)  :

  • merawat keputihan yang di alamai oleh para wanita. Keputihan yang teruk boleh menjejaskan kebersihan kawasan miss'V' wanita dan lagi teruk andai keputihan tu mengeluarkan bau. 
Alfalfa Complex membantu atasi masalah keputihan

  • merapatkan serta mengetatkan lagi miss 'V'. Rata-rata testimoni menyatakan kehebatan sebegitu. Si suami akan memuji-mujilaa si isteri ni sebab rasa kehangatan seperti malam pertama dulu. Alfalfa mengetatkan lagi tisu-tisu miss 'V' isteri dan kuasa grip akan jadi lebih power.

Alfalfa Complex juga terbukti meningkatkan keintiman suami isteri


  • memberi tenaga yang berterusan kepada suami isteri. Seorang sahabat saya yang mengamalkan Alfalfa pernah stop consume alfalfa time period dia on pada suatu masa tu, tapi dia cakap, rasa kurang bertenaga untuk lakukan aktiviti seharian kalau tak makan Alfalfa. hasil yang didapati bila amalakan Alfalfa dan tak makan Alfalfa adalah berbeza.


Alfalfa ni dikira sebagai raja herba laa. Semua khasiat ada dalam tu. Ia bukan sahaja untuk perapat wanita sahaja. 1001 kebaikan Alfalfa dapat diperolehi jika diamalkan secara konsisten.




Bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri , jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil Alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara 

Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. 

NAMUN malangnya , pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. 

Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.


Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap…iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik.


Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak…maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. 

Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten…sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.



,


------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN


 Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang 

berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.


---------------------------------