Kayap Ular : Bolehkah Sembuh atau Membawa Maut?

TERBELIT BUKAN ULAR... DAN BUKAN SEBAB JIN

Sebelum ini saya sudah menulis mengenai penyakit Kayap iaitu 



Hari ini di dalam segmen Nasi Lemak Kopi O di TV9, sekali lagi ia membuktikan media penyiaran kadang kala terbawa-bawa dengan pandangan popular mengenai sesuatu penyakit, dan bukannya penerangan dari mereka yang ahli di dalam bidang perubatan.

Slot yang dibincangkan ialah KAYAP ULAR. ‘Shingles’ atau ‘Herpes Zoster’ lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan kayap ular. Namanya saja sudah menggerunkan. Ditambah pula dengan MITOS mengatakan sekiranya kayap ular itu merebak dan membelit di sekeliling anggota badan, pesakit akan menemui maut.





Disclaimer : Entry ini adalah dari sumber Dr. Rusyainie Ramli iaitu panel penulis  #MedicalMythbustersMalaysia 



Apa itu Kayap Ular?

Kayap ular sebenarnya disebabkan jangkitan sejenis virus iaitu Varicella Zoster. Ia adalah virus yang sama yang menyebabkan Cacar Air atau ‘Chicken Pox’.



Siapa Yang Berisiko Menghidapi Kayap?

Sesiapa yang mendapat kayap ular, sakitnya bukan perkara main-main. 

Teringat saya pada anak perempuan saya yang menangis-nangis kesakitan selama beberapa hari disebabkan kayap ular. 


Bagaimanapun, kayap ular lebih kerap terjadi pada orang dewasa atau mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah. Kebanyakan orang akan mendapat kayap ular sekali seumur hidup tetapi ada juga mereka yang lebih dari sekali.



Adakah Penyakit Kayap Berjangkit?

Kayap ular tidak boleh berjangkit dari pesakit kepada orang lain tetapi, ada risiko yang pesakit kayap ular boleh menyebarkan virus sekiranya cecair di dalam kulit yang melepuh itu terkena pada mereka orang yang belum pernah dijangkiti cacar air atau tidak menerima vaksin Varicella.



Adakah Kayap Boleh Berulang Selepas Sembuh?

Selepas kita sembuh daripada jangkitan cacar air, virus Varicella Zoster akan menjadi dorman atau tidak aktif. Virus ini duduk diam-diam di hujung saraf-saraf kita (‘nerve roots’) di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan kita. 


Kayap ular terjadi apabila virus yang sama itulah menjadi aktif semula. Apabila ia aktif, ia tidak menyebabkan cacar air sekali lagi, tetapi mengakibatkan kita mendapat kayap ular.
Illustrasi mengenai Virus Kayap

Perlu diingatkan bahawa akar-akar saraf (‘nerve roots’) dari saraf tunjang kita berfungsi untuk membekalkan deria sentuhan kepada seluruh permukaan badan kita. Setiap akar saraf mempunyai 2 set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan. 

Maka, apabila virus tadi menjadi aktif kembali, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. 




Benarkah Mitos Mengenai Kayap (Membelit Badan) ?

Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita seperti kata orang-orang dulu berdasarkan penjelasan anatomi yang telah saya berikan. Lantas, MITOS ITU TIDAK BENAR! 

contoh kawasan kayap yang kerap terjadi

Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih dari satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Kayap ular boleh terjadi di bahagian muka kita seperti mata kiri atau kanan.



Peringkat Kayap 

Kayap ular terjadi mengikut 3 peringkat:


PERINGKAT AWAL – sebelum timbul kayap ular:


1. Sakit, rasa seperti kulit terbakar, mencucuk-cucuk atau kebas di bahagian badan terbabit, beberapa hari atau minggu sebelumnya. Kebiasaannya kayap ular terjadi di bahagian belakang atau dada, tetapi ada juga yang mendapatnya di bahagian abdomen, kepala, muka, leher atau di salah satu bahagian tangan atau kaki.

2. Pesakit boleh mengalami hidung berair, sakit tekak, sakit perut, cirit-birit tetapi biasanya tidak demam. Simptom-simptom ini biasanya hadir sebelum atau mungkin boleh sekali dengan kayap ular.

3. Bengkak kelenjar limfa mungkin boleh berlaku.




PERINGKAT AKTIF

1. Bahagian kulit terbabit akan menjadi kemerah-merahan dan ia akan menjadi melepuh. Bintil-bintil kecil yang mengandungi cecair akan timbul.

2. Sekiranya kayap ular terjadi di bahagian muka terutamanya mata, pesakit MESTI MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA untuk mengelakkan komplikasi yang serius yang melibatkan penglihatan (‘Herpes zoster ophthalmicus’).

3. Lepuhan kulit itu akan pecah, berair dan meleleh dan menjadi kudis dalam masa 5 hari. Keseluruhan keadaan kulit mengambil masa lebih kurang 2 ke 4 minggu untuk pulih sepenuhnya tetapi parut mungkin kekal.




PERINGKAT SAKIT YANG BERPANJANGAN [Post-Herpetic Neuralgia (PHN)]

1. ‘Post-herpetic neuralgia’ merupakan komplikasi yang sering berlaku akibat kayap ular.

2. Ia boleh berlarutan selama sebulan dan berterusan sehingga berbulan atau bertahun lamanya.

3. Rasanya sakit yang menajam, seperti kulit terbakar atau mencucuk-cucuk pada tempat jangkitan kayap ular itu dan sangat sensitif pada sentuhan itu, sehinggakan boleh mengganggu kehidupan dan aktiviti pesakit.



Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu MEMENDEKKAN JANGKA MASA penyakit dan MENGELAKKAN KOMPLIKASI. 

Yang terbaiknya ialah, sebaik sahaja kita merasakan simptom-simptom seperti perubahan pada kulit kita, kita mesti terus mendapatkan nasihat dan rawatan daripada DOKTOR, bukannya mereka yang tidak berkelayakan di dalam bidang perubatan.

 Ini kerana lagi cepat rawatan dimulakan, lagi rendah risiko untuk pesakit mengalami komplikasi seperti PHN yang disebutkan di atas.




KOMPLIKASI LAIN YANG BOLEH BERLAKU 

1. Merebaknya jangkitan kayap ular tersebut ke bahagian-bahagian lain di badan yang boleh juga menjangkiti organ dalaman. Dan sekiranya ia menjangkiti saraf yang mengawal pergerakan badan, ia boleh menyebabkan lemah anggota badan yang sementara.

2. Sekiranya jangkitan kayap ular merebak ke saraf-saraf di bahagian muka dan kepala (‘Cranial nerves’), komplikasi seperti hilangnya penglihatan atau pendengaran dan keupayaan untuk menghidu dan rasa boleh berlaku.

3. Parut pada kawasan yang terbabit.

4. Jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.





UBAT YANG BIASA DIPRESKRIPKAN OLEH DOKTOR 

1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.

2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.

3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

Sekali lagi diingatkan di sini bahawa kayap ular yang terjadi pada bahagian kepala, muka termasuk pipi, dahi, mata dan hidung, pesakit MESTI MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA dengan doktor yang akan seterusnya merujuk pesakit ke pakar perubatan atau pakar mata sekiranya perlu.

Untuk rawatan komplikasi akibat kayap ular, seperti PHN, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan pakar perubatan kerana rawatannya lebih kompleks seperti penggunaan opioid dan ubat anti-epilepsi.





Vitamin Untuk Mengatasi Masalah Penyakit Kayap 

Kayap ni sejenis virus. Ubatnya kena boost-kan immune system. 💉



Kayap bukan sakit yang hanya nampak di kulit luaran sahaja. Sakitnya di bahagian dalam selagi virus ada attack saraf tu.


Kalau tak rawat, kayap akan menyebabkan post herpetik neuralgia; KESAKITAN SARAF JANGKA PANJANG seperti kehilangan pendengaran, jangkitan kulit, lemah otot & parut yang lama. 😱

✔ Garlic Complex : 
  • bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kuman bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk. 
  • ia menjanjikan penyakit yang sudah pulih, tidak lagi kembali.




✔ Nutriferon :
  • Nutriferon miliki interferon. Interferon ini berfungsi untuk “memberi alarm” kepada antibodi untuk bertindak melawan virus, bakteria, kuman (bendasing) yang datang dalam badan. Jadi, pertahanan badan akan meningkat dan terus aktif dan melawan bendasing ini.


  • Apabila pesakit yang alami kayap ini mengambil nutriferon, interferon meningkatkan sistem pertahanan badan dan mula bekerja keras untuk melawan virus ini. Jika sistem pertahanan badan tidak ditingkatkan, bagaimana ia mahu melawan virus dengan kadar yang cepat? Di sini lah perlunya nutriferon.



✔ Vitamin C : 


  • Merupakan meningkatkan sistem pertahanan badan kerana ia terlibat didalam produksi antibodi, aktiviti dan fungsi sel darah putih dan paling penting ia terlibat didalam penghasilan interferon. 


✔ ESP Shaklee :
  • Baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka nanah kayap dengan cepat.



Testimoni Pengguna Shaklee Yang Sembuh dari Kayap


# Testimoni 1 : 5 hari diwad, setelah amalkan Shaklee Kayap lari !



" Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! 


Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.



NUTRIFERON ⏩boost  balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. 


LECITHIN  ⏩consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.









# Testimoni 2 : Kayap Kering Selepas Seminggu !



# Testimoni 3 Kayap Menghilangkan Diri Selepas 9 hari Mengamalkan Shaklee



# Testimoni 3 : Tiada lagi Derita kayap setelah 2 minggu Mengamalkan Vitamin Shaklee







# Testimoni 4 :  Seminggu Selepas pengambilan Nutriferon, kayap anak dah kering








------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com



ATAUPUN



 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------------