Masalah anemia di kalangan
ibu hamil masih merupakan masalah kesihatan yang utama di dunia. Kes masalah anemia semasa hamil sentiasa menjadi pemantauan oleh jururawat di klinik kesihatan ibu dan anak sehinggalah si ibu melahirkan bayi.
Anemia adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia turut dikaitkan dengan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah.
Hemoglobin adalah komponen darah merah yang membawa oksigen, dan sangat penting peranannya dalam mengedarkan oksigen ke sel-sel di seluruh tubuh. Banyak faktor yang dapat menyebabkan berkurangnya haemoglobin pada anda. Antara lain adalah pendarahan, kekurangan zat besi, vitamin tertentu, sel darah yang menghancurkan sendiri dan banyak lagi.
Definasi anemia semasa hamil
adalah paras haemoglobin (Hb) kurang daripada 11g%. Klasifikasi anemia terkini
yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut kriteria WHO adalah
seperti berikut
1. Anemia ringan ( Hb = 10g% - 10.9g%)
2. Anemia sederhana (Hb = 7g% - 9.9g%)
3. Anemia teruk (Hb = <7g%)
Jom kita tonton video ini pengalaman Puan Lin yang mengalami masalah anemia setiap kali mengandung :
Tanda-tanda anemia Pada Wanita Hamil
1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat
Bagaimana cara mengesan kehadiran anemia ?
- Boleh cuba jelirkan lidah dan lihat dan bandingkan warnanya dengan ahli yang keluarga lain. Adakah lebih merah atau pucat ?
- Boleh juga cuba perhatikan bagian bawah mata dan tangan, Adakah ia pucat ? Jika anda mengalami sebahagian tanda di atas, anda mungkin mengalami masalah anemia.
- Satu-satu cara terbaik mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
PENYEBAB ANEMIA SEMASA HAMIL
Anemia semasa hamil boleh
disebabkan beberapa perkara seperti berikut:-
1. Perubahan fisiologi semasa hamil
Semasa hamil paras isipadu
darah akan bertambah. Pertambahan isipadu plasma lebih tinggi berbanding dengan
pertambahan sel darah merah akan menyebabkan hemodilution in pregnancy.
2. Kekurangan Nutrisi dalam badan
Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.
Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan.
Bila jangkamasa kandungan semakin meningkat isipadu darah makin bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku. Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasilan plasma darah lagi bertambah dan menyebabkan keadaan yang kita panggil anemia relative atau fisiologi
- Kekurangan zat besi - >90% ( Letsky 1995)
- Kekurangan Asid Folik atau B12
3. Kehilangan darah
- Kehamilan yang rapat atau jarak umur antara anak agak dekat
- Darah haid yang banyak
- Keguguran berulangkali
- Pendarahan Antepartum – Placenta Praevia
- Buasir
- Jangkitan cacing
4. Anemia Disebabkan Infeksi atau Jangkitan
5. Hemoglobinopathy
- thalasemia
- sickle cell disease
6. Penyakit Kronik
- Penyakit buah pinggang
- SLE
- connective tissue disease
7. Myeloproliferative disorder
- contohnya Leukemia dan lymphoma
Di kalangan ibu hamil, punca utama anemia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi.
KOMPLIKASI AKIBAT ANEMIA SEMASA HAMIL
Ibu hamil anemia berisiko
mendapat komplikasi jika masalah anemia tidak dirawat dan dipulihkan seperti
berikut:
1. Komplikasi ke atas ibu:
- Pendarahan selepas bersalin
- Jangkitan (Septicaemia, septic shock)
- Kegagalan jantung
- Perdarahan semasa bersalin
- Acute pulmonary oedema
- Kematian ibu - peningkatan risiko kematian di kalangan ibu hamil yang anemia berbanding ibu hamil tidak anemia
- 4 hingga 6 kali ganda tempoh masa untuk bersalin atau 'prolong labor'
- Risiko bersalin secara pembedahan adalah 4.8 kali - Kajian retrospektif bagi tahun 1988-2002 ke atas 153,396 kelahiran di Soroka University Medical Center oleh Levy et al (2005)
2. Komplikasi ke atas janin dan
bayi:
- Keguguran
- Kelahiran pra matang
- Kelahiran kurang berat badan
- Kematian bayi dalam kandungan
- Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat.
- Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
- Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi.
- Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
- Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.
- lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan asid folik
Awas!!
❎ Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
❎ Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
❎ Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
❎Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.
------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑ Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------