Kebanyakan orang pernah mengalami kebas atau kesemutan ,contohnya apabila duduk bersila terlalu lama atau tertidur dengan tangan tertindih kepala. Keadaan ini juga berlaku apabila tekanan itu berterusan tepat pada saraf. Namun, rasa kebas kesemutan akan hilang bila tekanan sudah tidak ada lagi.
Rasa kebas berpanjangan atau kesemutan juga boleh menjadi petanda awal dari banyak penyakit, seperti diabetes melitus, hipertensi , saraf tersepit, gangguan aliran darah pada pembuluh darah tepi, ataupun gangguan darah.
Paresthesia atau kesemutan kronik sering merupakan simptom dari penyakit neurologi atau trauma kerosakan saraf. Penyebabnya adalah gangguan yang menjejaskan sistem saraf pusat seperti strok dan strok mini, multiple sklerosis, mielitis transversa, dan Ensefalitis.
Berikut ini sejumlah penyakit yang dicirikan oleh gejala kesemutan.
1. Diabetes melitus (Kencing Manis)
Ada kalanya pada mereka yang belum mengetahui bahawa mereka mengidap diabetes , kesemutan boleh menjadi gejala awal penyakit diabetes . Rasa kebas dan kesemutan merupakan gejala kerosakan pada pembuluh darah. Akibatnya, darah yang mengalir di hujung-hujung saraf berkurang.
2. Stroke
Kebas atau kesemutan boleh menjadi petanda strok ringan disebabkan sumbatan pada pembuluh darah di otak, yang menyebabkan kerosakan saraf setempat. Gejala lain yang muncul: rasa kebas separuh badan, lumpuh separuh badan, buta sebelah mata, sukar bercakap, pusing, penglihatan ganda dan kabur.
Gejala berlangsung beberapa minit atau kurang daripada 24 jam. Biasanya terjadi waktu tidur atau baru bangun. Keadaan ini perlu ditangani kerana boleh berkembang menjadi stroke berat.
3. Penyakit jantung
Rasa kebas atau kesemutan tak hanya akibat neuropati tekanan, tetapi kerana komplikasi jantung dengan saraf. Pada pesakit jantung yang sedang menjalani operasi pemasangan klep, terdapat bekuan darah yang melekat. Pembekuan itu boleh terbawa aliran darah ke otak, sehingga terjadi serebral embolik.
Bila sumbatan di otak mengenai daerah yang mengatur sistem deria, si pesakit akan merasakan kesemutan sebelah. Jika daerah yang mengatur sistem motor juga terkena, kesemutan akan disertai kelumpuhan.
4. Jangkitan tulang belakang
Ini menyebabkan bahagian badan dari pusat ke bawah tak dapat digerakkan. Pesakit tak boleh mengawal buang air kecil. Buang air besar pun sukar. Penyakit ini dinamakan mielitis (radang sumsum tulang belakang). Tahap kesembuhan bergantung pada kerosakan. Boleh sembuh sebahagian, tetapi ada juga yang lumpuh.
5. Rheumatic (Radang Pada Sendi dan Otot)
Penyakit ini boleh menimbulkan kesemutan atau rasa tebal. Dalam hal ini saraf tersepit akibat sendi pada engsel, misalnya sendi pergelangan tangan, berubah bentuk. Gejala kesemutan biasanya hilang sendiri bila rematik sembuh.
6. Spasmofilia (Kejang Otot)
Gejala kesemutan juga boleh merupakan tanda penyakit spasmofilia. Penyakit ini timbul kerana kadar ion kalsium dalam darah berkurang. Penyebabnya adalah penurunan voltan karbon dioksida dalam paru-paru. Gejala lain: kejang pada kaki, sukar tidur, emosi tidak stabil, takut, lemah, sakit kepala sebelah atau migrain, dan hilang kesedaran.
7. Sindrom Guillain-Barre
Kesemutan boleh jadi salah satu indikasi penyakit ini. Ditandai gejala demam tinggi, batuk, dan sesak nafas. Juga diikuti rasa kesemutan dan kebas. Kesemutan biasanya terasa di sekujur tubuh, khususnya pada hujung jari kaki dan tangan kerana virus menyerang sistem saraf tepi.
Bila keadaan itu tidak segera diatasi, serangan akan berlanjutan ke organ vital. Akibatnya, pesakit merasa sesak nafas dan lumpuh di seluruh tubuh.
8. Cytomegalovirus (Jangkitan Virus Herpes)
Ada kesemutan yang didahului dengan demam. Kesemutan akan bermula dari hujung jari, menjalar hingga ke pusat. Pesakit boleh hanya merasa kebas atau sehingga sukar berjalan, bermakna sumsum tulang belakang kena radang. Ini akibat serangan virus, biasanya cytomegalovirus.
9. Carpal Tunnel Syndorme
Satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Perkara ini sering berlaku kepada golongan banyak bekerja dengan menggunakan tangan contohnya seorang guru, tukang masak, tukang jahit, pengendali mesin, penulis, blogger dan sebagainya.
Sindrom saraf seperti sindrom saluran carpal (CTS) boleh merosakkan saraf perifer dan menyebabkan paresthesia diiringi rasa nyeri.

------------------------------------
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
☑ layak dijemput ke ekslusif group di FB.
------------------------------------