Tips Elakkan & Kawal Diabetes atau Cucuk Insulin Sendiri Semasa Hamil

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Jika ibu salah seorang daripadanya, jangan risau dan panik. Ada ramai lagi yang seangkatan dengan ibu. Perkara ini memang biasa berlaku. 


Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga


Sebenarnya agak bahaya & berisiko pada ibu dan bayi kalau kita tak kawal kencing manis semasa mengandung. Kalau gula terlalu tinggi, nanti boleh menyebabkan:


1. Bayi membesar secara berlebihan dalam rahim

2. Ibu di minta bersalin awal daripada tarikh jangkaan

3. Risiko melahirkan bayi pra-matang

4. Risiko pembedahan caesaerean akibat bayi besar atau gagal induce

5. Risiko bayi tersangkut bahu semasa kelahiran

6. Risiko kerosakan saraf bayi

7. Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut

8. Bayi akan menghasilkan lebihan hormon insulin, dan lahir dengan kadar gula yang sangat rendah

9. Bayi berisiko dapat kencing manis dan kegemukan bila dewasa

Prosedur Diagnosis Kencing Manis Semasa Mengandung

Biasanya jururawat akan bagi tarikh pada si ibu bila akan dibuat MGTT. Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah. Prosesnya mudah je. Tapi ramai ibu berasa takut dan fobia nak minum air gula yang manis melecaihh tu.

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.

Maka bersedialah untuk ujian BSP untuk mengawal bacaan gula darah ibu. Ibu perlu datang ke klinik sebanyak 4 kali dalam satu hari sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Jika ibu berjaya mengawal bacaan gula dalam darah pada keempat-empat sesi BSP itu, ibu mungkin diminta datang dalam masa dua minggu lagi. Jika tidak, memang tiap-tiap minggulah kena berulang ke klinik.



Kenapa Pentingnya Prosedur MGTT & Insulin pada Ibu Mengandung?

Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.

Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi.

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti. 

Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.



Cara Mengawal Diabetis Gestasi atau Elakkan dari Cucuk Insulin 

#1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi

Ada dua jenis karbohidrat; iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.

Lebihkan makan sumber daripada karbohidrat kompleks, yang berserat tinggi dan rendah lemak tepu. Ibu boleh makan yogurt bersama campuran buah-buahan dan juga susu.


Karbohidrat kompleks contohnya seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta.



#2. Makan makanan berindeks glisemik rendah

Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.

Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:

  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur

Membantu mengawal aras gula dalam darah. Tapi tak bermaksud ibu tak boleh makan makanan berindeks glisemik tinggi. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang rendah saja.



#3. Makan dalam waktu yang tetap

Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak 'pening' dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.



#4. Jangan skip hidangan

Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).

Between meal tu bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang.

Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.



#5. Kurangkan lemak

Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.



#6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP

Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri. Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.

Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah).

Ujian BSP: sedikit darah di ambil untuk menguji tahap glukosa darah



#7. Jangan minum minuman manis

Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula.

Jadi ibu-ibu, cubalah usaha kawal kencing manis tu. Jangan makan sebarangan. Elakkan makanan manis



Vitamin Shaklee Untuk Masalah Kencing Manis atau Diabetes Gestasi Semasa Hamil


▨ Energizing Soy Protein (850gm ) 

  • mengandungi serbuk protein lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
  • rendah indeks glisemik 
  • membantu mengawal kadar gula dalam darah memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan lebih lama mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis 


Yang paaaling best, ESP ni bagi rasa kenyang dan memberi tenaga. Rendah kalori juga. Bila kurang lapar, kuranglah nafsu makan. Jadi dapatlah kita yang mengandung ni kawal berat badan semasa mengandung dengan sihat kan? 


▨ Omega Guard 
bantu mengawal gula dalam darah ketika amil ..selain itu Omega guard juga dikatakan mampu mengurangkan risiko kelahiran pramatang , mengawal tekanan darah dan pelbagai lagi khasiat.


▨ Ostematrix 
Suppelement kalsium yang lengkap dengan megnesium yang fungsinya mengawal tahap insulin serta kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu lama dan baru.



▨ Vitalea (multivitamin Shaklee) 
Mengandungi zinc untuk membantu pankreas menghasilkan hormon insulin yang bertugas mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.



Testimoni Khas Dari Ibu GDM yang Mengamalkan Vitamin Shaklee

# Testimoni 1 



# Testimoni 2


# Testimoni 3




# Testimoni 4

# Testimoni 5




# Testimoni 6



# Testimoni 7


Saya doakan ibu sihat sepanjang mengandung dan bebas dari sebarang masalah kesihatan hingga saat melahirkan nanti.

Bagi ibu-ibu yang nak ikhtiar kawal kencing manis dengan suplemen, boleh dapatkan Set Ibu Mengandung Manjaku dengan menghubungi saya.




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN


 Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang 

berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 




---------------------------------