Risiko Kuman GBS : Waspada Keputihan Semasa Hamil!

Kebiasaannya,ibu hamil kebanyakannya mengalami masalah keputihan semasa hamil. Antaranya adalah disebabkan hormon. Tapi jangan pandang remeh pada masalah keputihan semasa hamil keranan anda mempunyai risiko terkena jangkitan kuman GBS!

Saya pon tak terkecuali mempunyai masalah keputihan semasa hamil,tapi alhamdulillah bebas dari jangkitan kuman .

Jangkitan GBS ..jarang  yang membunuh. Group B streptococus ( GBS ) salah satu bakteria dalam badan..selalunya tak mudarat pun tapi  mempunyai risiko tertentu [ada ibu hamil dan bayi. 



Pembawa  GBS  yang hamil,sesetengahnya boleh akibatkan jangkitan kuman pada bayi

Pernah dengar tak ibu mengandung pembawa GBS?!
.
Setiap kali mengandung kena inform nurse, kena dapat special treatment!
.
Sbb GBS carrier tak macam ibu hamil lain... Harini, saya nak kongsikan beberapa info mengenai GBS semasa mengandung :) 



Apa itu GBS?

GBS adalah Streptokokus Kumpulan B juga dikenali dengan strep B merupakan salah satu bakteria yang hidup dalam badan manusia.Kira-kira satu pertiga daripada kita membawa gbs di dalam usus kita.

Salah satu bakteria yang biasanya hidup dalam badan manusia. 
Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bacteria GBS ini di dalam usus badan tanpa kita sedari.




Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana kebiasaannya, ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan gejala tertentu.

Walau bagaimanapun, (dalam kes-kes yang jarang berlaku), GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian di kalangan bayi yang baru lahir.



Menurut Dr. Suhaimi, GBS ni adalah jangkitan bakteria atau kuman yang boleh didapati pada 20% wanita dewasa yang sihat di kawasan Miss V (vagina) dan/atau rektum(dubur) mereka. Wanita yang telah dijangkiti kuman GBS ini boleh memindahkannya kepada bayi semasa proses kelahiran.



Bagaimana nak tahu jika saya dah terkena jangkitan kuman GBS semasa hamil?

Untuk mengesahkan sama ada ibu hamil adalah pembawa kuman GBS atau GBS positive carrier ke tak.. ibu-ibu perlulah menjalani ujian atau screening ‘swab test’ di mana sampel kultur akan diambil dari kawasan Miss V dan rektum untuk mengesahkan kehadiran spesis kuman ini. 


Ini kerana pembawa kuman GBS ini tidak mengalami apa-apa tanda atau simptom untuk kita mengesannya dengan lebih awal.


Bagaimana seseorang boleh mendapat jangkitan kuman GBS?

Kuman GBS ini biasanya hidup di kawasan seperti usus, Miss V atau rektum. Kuman ini tidak boleh dipindahkan melalui hubungan seks dan ianya bukan penyakit kelamin. Dianggarkan 1 daripada 5 wanita boleh dijangkiti kuman ini tanpa mengetahuinya kerana tiada simptom yang dialami oleh mereka. Jadi, kita dapat lihat di sini, bahawa jangkitan juman GBS adalah lumrah pada wanita.

Tetapi, berdasarkan beberapa blog yang saya baca, salah satu tanda yang perlu anda AMBIL SERIUS, adalah jika anda mengalami heavy discharge(keputihan) semasa hamil dan kegatalan pada Miss V. Tapi, untuk mengesahkannya, ibu hamil tersebut perlulah menjalani swab test yang saya sebutkan tadi.


Bagaimana jika saya disahkan positif kuman GBS semasa hamil?

Jika semasa hamil anda disahkan GBS positif, ini bermaksud bahawa andalah seorang pembawa. Jadi, anda perlulah mengetahui dan memahami segala risiko yang MUNGKIN bakal anda dan bayi alami dan juga rawatan yang bakal diberikan.



Adakah GBS Semasa Hamil Berbahaya?


Kuman GBS tidak membawa kesan apa-apa kepada kita kerana kita mempunyai sitem imun yang kuat. Namun tidak bagi golongan immunocompromised - pesakit AIDS, atau pesakit under chemotherapy, atau kekurangan zat, geng2 GBS positif ni boleh menyebabkan jangkitan yang serius di dalam darah.

Begitulah juga bayi yang baru lahir, tiada sebarang antibodi, tidak mampu mempertahankan diri jika terdedah kepada kuman GBS ini.

Kesan GBS pada ibu


  • kelahiran pra matang
  • Keguguran
  • Bayi meninggal dalam perut
  • Air ketuban pecah awal



Kesan GBS pada bayi

GBS boleh menyebabkan jangkitan yang teruk pada bayi yang baru lahir, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai 'jangkitan permulaan awal').


 Biasanya boleh menyerang bayi yang dilahirkan secara normal oleh ibu,  dan tidak kepada bayi yang dilahirkan secara Csarean (C-section).
  • pneumonia ( Jangkitan pada paru paru)
  • meningtis (jangkitan  pada otak)
  • sepsis (pereputan tisu dan sel disebabkan keracunan dalam darah)



Pemantauan Selepas Bayi Dilahirkan

Jika bayi anda berisiko untuk  mendapat jangkitan GBS, sebaik sahaja dilahirkan: -

⏩Bayi akan terus diperiksa oleh pakar pediatrik atau ditempatkan di NICU untuk pemantauan.

⏩ Jika ibu dan bayi sihat dan ibu telah mendapat IV antibiotik secara penuh, bayi juga mungkin akan diberikan antibiotik. Bergantung padaa kesihatan bayi, rawatan antibiotik selama 5 hari. Antibiotik yang diterima ialah C-Pen (Penisilin) dan Genta (Gentamicin).

⏩ Jika ibu dan bayi sihat tetapi ibu tidak sempat atau tidak mengambil antibiotik, bayi biasanya akan diberikan antibiotik sehingga dipastikan beliau telah benar-benar selamat.
Jika bayi atau ibu menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, antibiotik juga akan diberikan dengan segera. 


Tidak dinafikan pemberian antibiotik boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Oleh yang demikian, berbincanglah dengan Doktor bagi  membolehkan anda menimbangkan rawatan yang terbaik untuk bayi anda.

Kebiasaannya pakar kanak-kanak akan memilih rawatan yang mengutamakan keselamatan  dan melindungi bayi berbanding risiko kesan sampingan yang lebih kecil.



Bersalin secara Ceaser atau Pembedahan ?

Bayi yang lahir melalui kaedah ceaser (pembedahan) adalah kurang berisiko untuk menerima jangkitan GBS kerana kelahiran ini tidak melalui bahagian peranakan ibu. Walaubagaimanapun bayi masih boleh dijangkiti sekiranya air ketuban telah pecah terlebih dahulu atau sekiranya proses untuk bersalin telah pun bermula. 

Oleh yang demikian bersalin secara pembedahan bukanlah jaminan  bahawa bayi tidak akan terkena jangkitan GBS. Kebiasaannya, Gynae  tidak mengggalakkan kaedah kelahiran secara pembedahan sekiranya ibu boleh bersalin nomal kerana ianya boleh mendatangkan risiko lain kecuali jika ibu memang perlu dibedah di atas sebab-sebab yang tertentu.  



Saya membawa GBS. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jika anda dijangkiti GBS dalam kehamilan sebelum ini, atau anda didapati menghidap GBS ketika hamil sekarang ini, berbincanglah dengan pakar obstetrik anda dan bersetujulah dengan pelan kehamilan dan pelan kelahiran yang akan melindungi bayi anda daripada terkena sebarang jangkitan.

Dalam kebanyakan kes sebegini, kehamilan anda boleh diuruskan supaya bayi anda dilindungi dan dilahirkan dengan sihat dan bebas daripada GBS.

Bayi anda tidak akan terdedah kepada jangkitan GBS melalui penyusuan badan, maka anda tidak perlu menukar rancangan jika anda bercadang untuk menyusukan sendiri bayi anda. 


Tanda Tanda Awal Bayi Dijangkiti Kuman GBS

  •  anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan)

  •  air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan

  •  suhu badan anda naik (38 ͦ C / 100 ͦ F atau pun lebih) ketika proses kelahiran

  •  sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS

  •  anda didapati membawa GBS di faraj  dan/atau dubur semasa anda hamil


Rawatan alternatif untuk GBS semasa mengandung

Sebaik-baiknya, ibu yang mengandung akan memulakan rawatan pada kira-kira 32 minggu, selepas pengesahan kehadiran GBS.

Rawatan ini akan menguatkan sistem imun dan membantu untuk memulihkan flora faraj sihat, membolehkan tubuh untuk membetulkan penumbuhan yg terlalu cepat bakteria. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu:



1000mg sehari dengan bioflavinoids - untuk menyokong sistem imun dan menguatkan pundi amnion untuk mengelakkan pecah awal yang boleh meningkatkan kemungkinan jangkitan GBS.


Garlic Complex iaitu ekstrak bawang putih , adalah antibiotik semula jadi dan telah ditunjukkan dalam vitro (dalam makmal hidangan petri) untuk membunuh bakteria dan juga yis. Dalam beberapa kajian penting yang dilakukan di China 


# Testimoni 1



# Testimoni 2





------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , 
ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAU


 Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 

------------------------------------